Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV

Toyota melancarkan secara rasminya Toyota Crown Estate di pasaran Jepun, baru-baru ini.
Ia adalah model keempat yang dilancarkan oleh Toyota di bawah barisan ‘Crown’ yang baru diubah suai selepas Sport, Crossover dan Sedan.
Jentera ini sebenarnya dikenali sebagai Crown Signia di Amerika Syarikat.


Melihat fizikalnya, Crown Estate hadir dengan reka bentuk wagon bumbung panjang yang tidak begitu konvensional, dengan ketinggian badan yang sedikit dinaikkan.
Ini menjadikannya ia kelihatan seperti SUV crossover berbanding wagon tradisional.
Seperti model Crown lain, Crown Estate menampilkan reka bentuk hadapan "hammerhead" yang ikonik, dengan lampu LED berbentuk Cserta ada sisipan heksagon pada gril hadapan
Selain reka bentuk badan yang menyerupai SUV, Crown Estate turut menampilkan rekaan belakang yang ringkas tetapi moden kerana ia dipasang dengan lampu belakang LED penuh lebar serta spoiler bumbung untuk gaya lebih sporty.
Dari segi dimensi, Crown Estate lebih besar berbanding kembarnya dalam kategori SUV coupe, dengan ukuran panjang (4,930 mm), selebar 1,880 mm, setinggi 1,625 mm manakala jarak roda 2,850 mm.

Seperti varian Crown yang lain, Crown Estate juga menawarkan ruang kabin yang mewah dan premium .
Antara kelengkapan lain ialah terdapat stereng multifungsi berbalut kulit, kluster meter digital, skrin infotainmen 12.3 inci, tempat duduk dibaluti dengan material kulit dan pelbagai ciri premium yang lain.
Selain itu, ia turut menawarkan ruang dalaman yang cukup luas selain mampu memuatkan lima orang.
Dari segi ruang kargo, Crown Estate menawarkan ruang seluast 470 liter kapasiti namun saiznya boleh menjadi lebih besar setakat📦 1,470 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

Malah, terdapat satu ciri menarik dimana papan lantai kargo boleh ruang rata sepanjang dua meter.


Di Jepun, ia ditawarkan dalam rangkaian kuasa HEV atau PHEV dimana enjin HEV 2.5 liter mampu menghasilkan 186 PS dan tork 221 Nm.
Sementara itu, varian PHEV pula boleh menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan tork 219Nm.
Mengenai bateri, Crown Estate PHEV disumbat dengan pek bateri litium-ion yang lebih besar dimana ia menawarkan perjalanan elektrik sehingga 89 km.

Seperti mana-mana PHEV moden yang lain, Crown Estate juga menyokong keupayaan pengecasan pantas. Toyota mendakwa pengecasan pantas hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 38 minit.
Mengenai harga, Toyota Crown Estate varian Z Hybrid dijual pada harga (RM190,068) manakala versi RS PHEV pula RM242,449.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge