Volkswagen ID. Every1 Bakal Dilancarkan 2027 – EV Bajet Bersaiz Kompak

Volkswagen akhirnya memperkenalkan konsep kenderaan elektrik (EV) terbarunya, Volkswagen ID. Every1. Hatchback elektrik yang imej acahnya pernah didedahkan pada bulan lepas ini merupakan gambaran rekaan awal kepada versi pengeluaran yang dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2027 sebagai pilihan mampu milik dalam barisan model ID.
Bersaing dalam Segmen EV Bandar
ID. Every1 bakal mengisi ruang antara model Volkswagen Up dan Polo, menjadikannya pesaing kepada hatchback elektrik bersaiz kecil lain seperti Dacia Spring, Leapmotor T03 dan Fiat 500e di pasaran Eropah. Dihasilkan khas untuk kegunaan bandar, ia dibangunkan dengan gabungan rekaan moden, saiz kompak dan teknologi terkini.
Rekaan Kompak dengan Sentuhan Moden

ID. Every1 berkepanjangan hanya 3,880 mm, membuatkannya mudah untuk dikendalikan di kawasan bandar yang padat.






Dari segi rekaan, ID. Every1 menampilkan bentuk hatchback lima pintu yang mirip model lebih besar, Volkswagen ID.2. Beberapa elemen rekaan menarik turut dikekalkan daripada konsep ID. Life, antaranya lampu LED penuh dengan jalur DRL menegak, logo VW yang bercahaya di bahagian depan dan belakang, lampu belakang LED dengan corak pencahayaan serupa dengan lampu depan dan pemegang pintu jenis rata untuk aerodinamik lebih baik.
Kabin Praktikal dengan Sentuhan Premium

Walaupun bersaiz kecil, Volkswagen menjamin bahawa ruang dalamannya cukup luas, mampu memuatkan sehingga empat orang dewasa dengan selesa. Ruang but juga agak praktikal dengan kapasiti 305 liter, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.


Tidak seperti EV mampu milik lain, ID. Every1 menawarkan kabin dengan sentuhan premium, termasuk skrin infotainmen bersaiz besar dan stereng dua jejari dengan butang kawalan fizikal seperti kawalan pelarasan cermin sisi. Model ini juga diberikan kluster meter digital yang minimalis dan pelbagai ruang simpanan yang praktikal.


Selain itu ia turut hadir dengan ciri inovatif yang mana bahagian papan pemuka di hadapan penumpang hadapan direka agar boleh diubahsuai, membolehkan pengguna memasang tablet pada rel khas.
Sementara itu, konsol tengah direka dengan fungsi serbaguna. Selain berfungsi sebagai perehat tangan, ia boleh digerakkan ke belakang sepenuhnya pada rel untuk ruang yang lebih fleksibel. Rak boleh tarik juga disediakan untuk ruang simpanan tambahan.
Ciri unik tidak terhenti di situ kerana model konsep ini turut hadir dengan sistem pembesar suara Bluetooth yang boleh ditanggalkan.
Sekiranya semua ciri ini dikekalkan dalam versi pengeluaran kelak, ia berpotensi menjadi antara EV entry-level paling mewah dalam segmennya.
Baca: Volkswagen ID. Buzz Cargo Terima Anugearah Van Terbaik 2023
Prestasi dan Jarak Pemanduan

Dari aspek mekanikal, ID. Every1 menggunakan platform MEB versi baharu yang diperkenalkan Volkswagen. Tidak seperti model EV VW sebelum ini, konsep ini dikuasakan oleh satu motor elektrik yang menggerakkan roda hadapan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW), yang mana menurut VW, cukup untuk menyalurkan tenaga kepada model ini bagi mencapai kelajuan maksimum 130 km/j.
Setakat ini, Volkswagen masih belum mendedahkan spesifikasi penuh baterinya. Namun ia dikhabarkan bakal menggunakan bateri kecil memandangkan jarak EV maksimum yang diumumkan hanyalah 250 km.
Maklumat mengenai sistem pengecasan juga belum didedahkan, tetapi memandangkan ini adalah model mampu milik, berkemungkinan besar ia tidak hadir dengan ciri pengecasan ultra-pantas.
Harga Mampu Milik: Saingan Sengit dalam Segmen EV Bajet


Apa yang paling menarik perhatian adalah harga yang dijanjikan Volkswagen untuk model produksi ID. Every1. Pengeluar automotif dari Jerman ini merancang untuk menawarkan EV ini di bawah harga €20,000 (~RM95,679), menjadikannya model elektrik VW paling murah pernah dihasilkan.
Sebagai perbandingan, pesaingnya, Dacia Spring dijual pada harga €17,300 (RM82,762) dan Leapmotor T03 pada harga €18,900 (~RM90,416).
Baca: Jualan EV Kurang Memberangsangkan, Volkswagen Ubah Strategi
Baca: Teaser EV Volkswagen ID.One Didedahkan – EV Mampu Milik Bawah RM90,000 Di Eropah

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge