ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Volkswagen Touareg R-Line: SUV Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung, Serba Boleh & Selesa!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-035.jpg


Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk menyertai sesi pandu uji Volkswagen Touareg R-Line bersama media yang berlangsung selama dua hari dari KL ke Kuantan, Pahang.


Dibangunkan berdasarkan platform MLB Evo, kehadirannya di Malaysia pada bulan Mac lalu melengkapkan barisan model SUV berdasarkan platform tersebut yang turut digunakan dalam pembangunan model-model seperti  Porsche Cayenne, Audi Q8, Bentley Bentayga dan Lamborghini Urus. 


Dalam tempoh dua hari ini, pelbagai laluan telah ditempuhi dalam keadaan panas dan hujan, membolehkan penulis berkongsi pendapat mengenai pelbagai aspek model ini. Teruskan membaca…


PANDANGAN PERTAMA…


Selepas sesi penjelasan daripada pihak Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), perjalanan untuk ke Kuantan dimulakan pada kira-kira jam 10 pagi. Untuk penulis, inilah Touareg R-Line yang digunakan sepanjang dua hari tersebut: 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-166.jpg


Warna putih menyerlah ini digelar Oryx White oleh Volkswagen. Di pasaran, warna lain yang ditawarkan ialah  Lapiz Blue, Grenadilla Black, Silicon Grey dan Dolomite Silver. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-175.jpgSN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-043.jpg


Model ini diberikan teknologi matriks LED penuh, IQ.Light yang  terdiri daripada 38,000 lampu LED.


Dari luar, Volkswagen Touareg R-Line kelihatan menyerlah dengan gabungan sentuhan sporty dan elegan. Terdapat sudut-sudut yang diberikan garis badan yang tajam. Dari depan, penulis tertarik dengan lampu utamanya dipecahkan kepada tiga bahagian oleh lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L, terserlah aura agresif dari ‘pandangan mata’ Touareg ini. Bukan sekadar cantik, tetapi menurut VPCM, lampu depan model ini diberikan teknologi matriks LED penuh, IQ.Light yang  terdiri daripada 38,000 lampu LED (19,000 setiap satu bahagian) yang ‘membentangkan’ cahaya di laluan hadapan dengan lebih jelas. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-060.jpg


Di bawahnya, aura sporty model R-Line ini jelas terlihat dengan gril hitam yang dikelilingi oleh bingkai krom yang berkilat. Bamparnya pula diapit oleh liang ambilan udara yang besar, menempatkan lampu kabus kecil. Bampar ini diberikan garis bawah dan sisi krom yang menyerlahkan kelebaran sudut depan kereta. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-050.jpg


Dari tepi, terdapat garis tajam merentasi hampir seluruh kepanjangan kereta, rel berwarna perak dan rim aloi Braga berukuran 20 inci,  membuatkannya kelihatan ranggi.


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-048.jpg


Dari belakang,  Volkswagen Touareg R-Line kelihatan lebar dengan garis tajam dan rekaan lampu belakang (LED) yang melintang berkelebaran penuh  dari kiri ke kanan, dipisahkan oleh logo VW. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-174.jpg


Logo VW ini akan menyala secara automatik dalam keadaan gelap. 



PERASAAN SEBAIK MEMASUKI RUANG KABIN TOUAREG R-LINE


Pintu dibuka, dan apabila melihat ruang dalam kabinnya dari sudut pemandu, jelas terpapar aura premiumnya kerana tempat duduknya dibalut sepenuhnya dengan kulit. Material yang lembut pada sentuhan terus digunakan pada pelbagai sudut kabin, termasuk stereng, papan pemuka (dashboard), konsol tengah dan panel pintu. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-013.jpgSN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-004.jpg


Tempat duduknya terasa empuk dan memegang badan dengan sempurna (kiri), stereng hadir dengan fungsi pemanas (kanan).



Screenshot-2024-06-11-at-2.00.10-PM.png


Antara fungsi canggih yang ditawarkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang. 


Dari segi teknologi, model ini menggunakan sistem infotainmen Discover Pro Max. Skrin ini mudah dikawal memandangkan ukurannya besar, 15 inci, dengan kedudukan yang dihalakan sedikit ke arah pemandu. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar Android dan Apple tanpa menggunakan wayar. Sambungan hanya boleh dibuat semasa kereta tidak bergerak untuk keselamatan. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-153.jpg


Untuk audio, kualitinya boleh tahan, tapi boleh diperbaik lagi supaya lebih crisp, sistem audio yang digunakan ialah Dynaudio Consequence 730W bersama amplifier 80W. Sistem ini menggunakan 13 speaker serta sebuah sub-woofer yang ditempatkan di lantai kereta.


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-012.jpgSN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-007.jpg


Untuk kawalan audio, butang disediakan di konsol tengah, oleh itu, bukan sahaja pemandu dapat mengawal audio dengan mudah, tetapi juga penumpang tanpa perlu ke hadapan untuk menuju ke arah skrin. 

 

KUALITI PENGENDALIAN DAN KESELESAAN PEMANDUAN




Volkswagen Touareg R-Line dikuasakan oleh enjin petrol V6  berpengecas turbo 3.0 liter dengan output kuasa mencapai 335 hp dan tork 450 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION.


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-158.jpg


Kebolehannya teruji semasa di lebuh raya, ketika mana penulis menekan pedal untuk mencapai kelajuan yang tinggi, dengan mod Sport, Touareg kekal stabil walaupun di selekoh, kecendungan untuk understeer dan olengan di selekoh seolah-olah terus 'hilang'. Penghantaran kuasanya terasa sempurna, tekanan pedal untuk ke depan terasa lancar, pecutan daripada 0 ke 100 km/j tidak teragak-agak dalam masa sepantas kira-kira 6 saat, terus meluncur melepasi kenderaan lain dengan mudah sebelum mencapai kelajuan tertingginya, 250 km/j. Namun, respon brek terasa agak janggal di awal pemanduan, kerana ia berhenti terlalu awal daripada jangkaan hasil tekanan yang dibuat pada brek. Tetapi ini mungkin kerana kenderaan masih baru, dan bukanlah satu isu yang besar kerana ia hanya memerlukan kebiasaan. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-Reupload-1-10.jpg


Dalam perjalanan itu, kami turut dibawa untuk menempuhi perjalanan off-road berdekatan Sungai Lembing. Di sini, kemampuan Touareg R-Line yang sebenar terserlah.


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-009.jpg


Dengan pengaktifan mod pemanduan off-road, beberapa ciri kenderaan diubah secara automatik untuk memudahkan kawalan misalnya jarak kelegaan tanah yang boleh ditinggikan hasil penggunaan sistem suspensi udara (kerendahan maksimum 40 mm dan ketinggian maksimum 70 mm).


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-Reupload-1-12.jpg


Rim aloi Braga berukuran 20 inci yang besar turut membantu meningkatkan kemampuan off-road Touareg R-Line.


Laluan yang berbatu besar dan berlumpur dapat ditempuhi dengan baik. Touareg juga dapat dibawa merentasi sungai tanpa masalah untuk kedalaman sehingga 550 mm.


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-010.jpg


Ciri lain seperti kawalan turun bukit, bantuan mula daki dan kawalan traksi membantu melancarkan lagi perjalanan off-road. Di laluan sempit, sensor pada badan kereta memudahkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan yakin. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-098.jpg


Selain mod Sport dan Off-Road, mod pemanduan lain yang ditawarkan ialah Eco, Comfort, Normal, Individual dan Snow. 


Dilengkapi dengan sistem mula-henti dan brek regeneratif, menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang efisien. Memiliki isian tangki penuh sehingga 90 liter, ia boleh mencapai jarak perjalanan lebih 600 km, praktikal untuk perjalanan jarak jauh. 


TAHAP KESELESAAN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE 2024


Sepanjang sesi pandu uji ini juga, penulis dan media lain telah melalui cuaca panas dan hujan, dengan adanya kawalan pendingin hawa empat zon, penumpang depan dan belakang dapat menikmati keselesaan yang optimum. Tempat duduknya pula diberikan teknologi ‘iklim aktif’ dengan tiga tetapan pengudaraan supaya kekal selesa walaupun cuaca panas. 


Kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran kereta cukup baik, memberikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpang depan dan belakang. Penumpang boleh melelapkan mata dan mendapat tidur lena di sepanjang perjalanan. Ruang kaki dan kepala juga terasa lapang walaupun untuk mereka yang berbadan besar atau tinggi. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-016.jpg


Ciri lain yang menyumbang kepada keselesaan adalah seperti pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C (dua di depan, dua di belakang), pencahayaan ambien 30 warna dan juga tempat duduk hadapan boleh laras secara automatik dengan fungsi memori dan sokongan lumbar (tulang belakang). SUV ini juga praktikal kerana menyediakan ruang but yang luas sehingga 810 liter. 


SELAMATKAH?


Dari segi keselamatan, sudah pastinya model yang dipasarkan pada harga hampir mencecah RM500,000 ini tidak mengecewakan. Model ini sarat dengan pelbagai teknologi canggih yang memastikan penumpang dan pemandu selamat. 


Screenshot-2024-06-11-at-3.29.39-PM.png


Teknologi Night Vision. 


Salah satu yang menarik dan berbeza ialah teknologi Night Vision. Menggunakan sensor infrared pada kamera depan, kenderaan dapat mengesan haba daripada haiwan atau manusia yang berada dalam kedudukan 130 meter ke hadapan. Fungsi ini menarik untuk perjalanan off-road di dalam hutan atau kawasan pedalaman tanpa bantuan lampu jalan.


Secara umumnya, Touareg dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih Volkswagen, IQ.DRIVE yang merangkumi ACC Kawalan Jelajah Adaptif (dengan fungsi Henti-Mula), Pemandangan Keliling, Bantuan Brek Kecemasan Autonomi Hadapan, Brek Pasca Pelanggaran Automatik, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Parkir, Bantuan Sisi dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pemantau Perhatian Pemandu Termaju dan juga sistem Pemantau Tekanan Tayar. Touareg generasi terbaru ini merupakan model Volkswagen pertama yang hadir dengan ciri Bantuan Lintasan Trafik Hadapan. 


BERBALOI ATAU TIDAK?


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-053.jpg


Model yang dipasang CKD di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang ini ditawarkan di pasaran bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun pada harga RM469,990.

 

Pada harga tersebut, Touareg R-Line sebenarnya lebih murah berbanding pesaingnya, Mercedes-Benz GLE dan BMW X5 dalam segmen SUV besar premium yang masing-masing dijual pada harga bermula daripada RM528,888 dan RM486,600. 


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-129.jpg


Pada harga RM469,990, pembeli bukan sahaja dapat pakej jaminan yang komprehensif, tetapi juga sebuah model daripada jenama yang terkenal dengan kualiti pengendaliannya dan keselesaan ruang kabin hasil sentuhan kejuruteraan Jerman yang teliti. 


Jadi, apa pendapat anda? Untuk mendapatkan kepastian sama ada ini betul-betul ‘kena’ dengan jiwa, kunjungi mana-mana pusat pengedaran Volkswagen di Malaysia untuk sesi pandu uji. Anda juga boleh melayari www.volkswagen.com.my/touareg-r-line untuk mendapatkan maklumat lanjut. 


SPESIFIKASI VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE 


ENJINEnjin petrol V6  berpengecas turbo 3.0 liter
TRANSMISI

Automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION.

KUASA335 HP
TORK450 NM 
0-100 KM/J-
V-MAX250 KM/J
KADAR PENGGUNAAN BAHAN API5.5 liter/100 KM (atas kertas)
BERAT1,671 KG (bersih, atas kertas)
HARGARM469,990
(atas jalan, tidak termasuk insurans)


SN-Updated_-Media-Drive-Touareg-2024-086.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG5175

SELANGOR

BSF5345

JOHOR

JYA5731

PULAU PINANG

PRR5290

PERAK

ANW7139

PAHANG

CFC1589

KEDAH

KGA9562

NEGERI SEMBILAN

NEG2489

KOTA KINABALU

SJL3281

KUCHING

QAB5201L

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

EURO 5 B7

RM 2.94

Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Pendaftaran Minat Volkswagen Touareg R-Line Kini Dibuka – Bakal CKD!

Pendaftaran Minat Volkswagen Touareg R-Line Kini Dibuka – Bakal CKD!

VPCM telah mengumumkan melalui platform sosialnya bahawa pendaftaran minat (ROI) bagi Volkswagen Touareg R-Line, kini telah dibuka.

21-01-2024
Berita Auto
VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K

VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K

VPCM mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690.

03-01-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.