Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Peneraju eksport automotif China, Chery Group, hari ini membuka membuka tirai dengan melancarkan secara rasminya, sub-jenama terbaharunya, Lepas.
Majlis pelancaran khas telah diadakan di Wuhu, China sempena Auto Shanghai 2025.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, nama ‘Lepas’ merupakan gabungan antara ‘Leap’ dan ‘Passion’, dan jenama ini dijangka menjadi tunjang utama dalam strategi global Chery yang semakin berkembang.
Selain itu, Chery menyasarkan Lepas untuk “menarik perhatian generasi muda yang mementingkan gaya.”
Satu majlis khas pelepasan telah diadakan sebelum ini, namun maklumat mengenai model itu tidak didedahkan secara terperinci ketika itu.
Namun hari ini, lebih banyak maklumat telah didedahkan, dan berikut adalah apa yang diperoleh daripada majlis pelancaran sub-jenama tersebut.

Untuk makluman, Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D (D-SUV) yang menggabungkan estetika moden dengan perincian mewah serta trenkuasa canggih.
Dari segi dimensi, Lepas L8 berukuran 4,688 mm panjang dengan jarak roda 2,800 mm,, lebar 1,860 mm, dan tinggi 1,695mm.
Apa yang menarik, L8 menggabungkan unsur alam semula jadi, kesederhanaan dan keanggunan kontemporari.
Ciri ini jelas dapat dilihat pada bahagian dalaman, yang menampilkan upholsteri bercorak berlian, pembesar suara terapung berbentuk batu kerikil, tombol premium ekaan berlatarbelakang langit bumi, ada konsol tengah yang bersepadu dengan skrin tengah serta dicondongkan seperti curahan air terjun mengalir.


Lepas L8 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in (PHEV), dan elektrik sepenuhnya (BEV), sekali gus menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis pengguna.
Versi ICE dan PHEV kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder iaitu enjin yang sama digunakan dalam model utama baharu Chery Tiggo 9.

Sementara itu, varian PHEV pula menggunakan sistem Super Hybrid (CSH) terbaharu keluaran Chery yang menawarkan jarak perjalanan gabungan yang luar biasa melebihi 1,300 KM, selain menawarkan
kecekapan haba melebihi 46%, serta kadar penggunaan bahan api purata adalah serendah 4.5 liter untuk setiap 100 km..
Bagi versi BEV pula, ia menjanjikan jarak perjalanan maksimum melebihi 700 KM serta kadar penggunaan tenaga purata yang rendah iaitu 12 kWh/100 KM.
Ia turut menjanjikan keupayaan pengecasan ultra-pantas, yang mampu memberikan sekurang-kurangnya 150 KM jarak dengan hanya lima minit pengecasan.
Dari segi teknologi, terdapat unit infotainmen berukuran 13.2 inci yang dikuasakan oleh cip berprestasi tinggi 8155; kawalan suara pelbagai mod termasuk mod tidur, baring dan pawagam; serta didatangkan dengan bantuan parkir APA dan RPA.
Sebagai sebahagian daripada visi globalnya, LEPAS menyasarkan untuk melancarkan dua model baharu setiap tahun, manakala sekurang-kurangnya lima model dalam tempoh tiga tahun.
Syarikat terbabit turut meletakkan sasaran jualan global sebanyak 500,000 unit.
Difahamkan, sejurus pelancaran Lepas L8, ia akan disusuli dengan beberapa model lain seperti Lepas L4 B-SUV dan Lepas L6 C-SUV, yang masing-masing juga akan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa ICE, PHEV dan BEV.
Memandangkan Lepas merupakan jenama global, jadi ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia selewat-lewatnya awal tahun 2026.
Sebaliknya, masih belum dapat jelas sama ada ia akan ditempatkan di bawahhery atau Jaecoo, ataupun muncul sebagai sub-jenama berasingan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat