Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Beberapa gambar bocor daripada Autohome dan CarNewsChina yang mendedahkan trak pikap baharu Chery, Jetour F700 baru-baru ini.
Melihat luarannya, trak pikap ini kelihatan lasak namun F700 mengekalkan bahasa rekaan berkotak dan dijangka hadir dengan rangkaian kuasa hibrid plug-in, walaupun butiran mengenai enjinnya masih belum disahkan.
Sekilas pandang, Jetour F700 kelihatan agak mirip dengan Jetour G700 kerana ia hadir dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk segi empat, gril lebar bersegi selain bamparnya jenis off-road.

Rangka trak pikap ini yang berada di kedudukan tinggi jelas menunjukkan ia sebuah trak pikap tegap, sasa dan agak sama dengan pesaing domestiknya, BYD Shark 6.
Menjengah bahagian kabinnya, F700 kelihatan banyak meniru susun atur G700.


Ini kerana kemasan papan pemuka jenis bersegi, didatangkan dengan skrin infotainmen terapung 15.6 inci serta skrin panoramik 35.4 inci yang merentangi keseluruhan papan pemukanya.
Pendek kata, hasil gabungan estetika lasak dengan teknologi kabin canggih,merupakan satu trend baharu dalam kalangan model off-road generasi baharu dari China.
Sumber berita daripada laman berita tempatan turut mendedahkan bahawa F700 mungkin menggunakan sistem hibrid plug-in Kunpeng CDM-O Jetour, yang menggabungkan enjin 2.0TD khusus hibrid dengan motor elektrik.

Bertebaran pula spekulasi yang mengatakan bahawa model ini dianggarkan sekitar AS$46,300 (RM190,000).
Walaupun F700 dijangka akan dilancarkan di China terlebih dahulu, namun wujud pula persoalan adakah ia akan dijual di pasaran versi pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Thailand, Australia dan berpotensi Malaysia.
Ini kerana kadar penerimaan EV yang semakin meningkat di Malaysia serta peranan Thailand sebagai pasaran pikap utama dilihat membuka ruang untuk kemasukan hibrid baharu. Maka, ada kemungkinan Jetour emilih untuk meneroka rantau ini dengan membawa masuk trak pikap terbaharunya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?
Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.
21-10-2025
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat