ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto Shanghai 2025: Panda Knight, Model Ranggi Yang Kecil Dari Axia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_0130.JPG


Semasa mengunjungi Auto Shanghai 2025, kami berkesempatan untuk melihat Geely Panda Knight. Kenderaan elektrik (EV) ini mungkin kecil, tetapi auranya cukup besar sehingga menarik perhatian ramai. 


Reka Bentuk Luaran


Diperkenalkan di pasaran China pada harga sekitar RM32,350, Panda Knight tampil ranggi dengan gaya seperti sebuah jentera off-road. Saiznya? Kecil! Malah lebih kecil daripada Perodua Axia dengan ukuran panjang hanya 3,135 mm (Axia, 3,760 mm), lebar 1,565 mm (Axia 1,665 mm) dan jarak roda 2,015 mm (Axia 2,525 mm). Tetapi, Panda Knight adalah 160 mm lebih tinggi daripada Axia dengan ukuran 1,655 mm (Axia 1,495 mm). 


IMG_0129.JPGIMG_0135.JPG


Walaupun kecil, sekiranya dua model ini diletakkan bersebelahan, lebih banyak mata akan memandang Panda Knight, mana tidaknya, elemen trak 4x4 disematkan pada pelbagai sudut, seperti pelindung badan berwarna hitam, yang kontra dengan warna jingga model ini, bampar depan dan belakang yang besar. 


Panda-Knight-2.png

IMG_0133.JPGIMG_0134.JPG


Rekaan gril depannya juga menyerlahkan gaya ‘agresif’ dengan enam garisan memanjang yang timbul. 


Gaya off-road dan agresif diteruskan di bahagian tepi dengan lengkungan roda dan skirting sisi hitam. Turut dapat dilihat ialah rel bumbung dan tangga pada sudut pemandu. Untuk kereta sekecil ini, mungkin agak berisiko untuk dipanjat. 


Kabin Moden


IMG_0122.JPGIMG_0123.JPG


Kabin Panda Knight ini bagaimanapun tidaklah menyerlahkan aura ranggi yang sama, kerana sepertimana Panda Mini versi standard, ruang kabinnya kelihatan moden, lengkap dengan kemudahan seperti skrin infotainmen berukuran 8 inci, dan paparan instrumen LCD berukuran 9.2 inci. Gear boleh dikawal melalui butang kawalan jenis putar yang ditempatkan di tengah. Bagaimanapun, brek tangannya masih agak ‘klasik’, versi manual. 


Walaupun kecil dari luar, model ini dapat memuatkan empat orang penumpang. Tetapi, ruang barisan kedua tempat duduknya agak sempit, hanya sesuai untuk mereka yang berbadan kecil. Tiada ruang but disediakan, melainkan sekiranya tempat duduk belakang ditumbangkan sepenuhnya. 


Trenkuasa


Walaupun tampil seperti kereta 4x4, Panda Knight sebenarnya dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 30 kW (41 PS) dan tork 110 Nm, cukup untuk mencapai kelajuan maksimum sekitar 100 km/j. 


Bateri 17.03 kWj jenis litium besi fosfat (LFP) membolehkan jarak pemanduan sehingga 200 km mengikut standard CLTC. Dengan pengecas pantas DC 22 kW, masa yang diambil untuk dicas dari 30%-80% hanya sekitar 30 minit, manakala AC 6 kW untuk pengecasan di rumah pula hanya kira-kira 4.5 jam. 


Ciri Keselamatan


Dari segi keselamatan, Panda Knight hanya dilengkapi satu beg udara di bahagian pemandu. Itulah kekurangan terbesar model ini, namun, itulah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk sebuah model yang sangat mampu milik…


Hanya Dari RM32,300


IMG_0137.JPG


Di China, Panda Knight dijual pada harga 53,900 yuan, atau kira-kira RM32,300. Sekiranya model ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia sebagai model kompak elektrik Proton, mungkin ada yang berminat, memandangkan penggunaan kenderaan bersaiz comel seperti ini selalunya hanya untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak dekat.

Namun, persoalannya, berapa ramaikah yang bersedia untuk beralih kepada model kompak versi elektrik? Apa pendapat anda? 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL2916

SELANGOR

BSM3764

JOHOR

JYR2151

PULAU PINANG

PRY4864

PERAK

APF1146

PAHANG

CFF2182

KEDAH

KGE2706

NEGERI SEMBILAN

NEJ4784

KOTA KINABALU

SJQ2154

KUCHING

QAB2108N

Terakhir Kemas Kini 07 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Global

29-04-2025
Teknologi

27-04-2025
EV

25-04-2025
Global

25-04-2025
Global

25-04-2025
Global

25-04-2025
Global

24-04-2025

Berita Terkini

EV

Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.

06-02-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.