ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Zeekr Tayang SUV Mewahnya, Zeekr 9X

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Zeekr turut mengambil kesempatan menayangkan model terbaharunya,  SUV ultra mewah, Zeekr 9X sempena Press Day Auto Shanghai 2025, pagi tadi.

Model ini bukan hanya SUV flagship pertama di bawah Zeekr, tetapi juga yang pertama di bawah Geely Group.

Melihat luarannya, Zeekr 9X  tampil dengan bentuk badan SUV yang tegap dan berkotak, menyerlahkan karakter sebuah kenderaan lasak yang mewah.

image.pngimage.png

Sementara itu, bahagian depannya pula menampilkan gril besar dengan bar krom menegak yang agak  menonjol, manakala profil sisinya dicirikan dengan garisan lurus.

Menjengah bahagian belakangnya, Zeekr 9X didatangkan dengan lampu belakang jenis "Ring Screen Star Diamond" yang  mengandungi 43,343  potongan berlian.

image.png

Zeekr 9X juga turut menayangkan ciri teknologi yang canggih dan   menjadi jenama pertama yang menampilkan penyelesaian pemanduan pintar G-Pilot.

Sistem ini dibina berdasarkan pemanduan autonomi Tahap 3 Zeekr dan menggunakan seni bina digital pengkomputeran pusat ZEEA 3.0a, yang dilaporkan meningkatkan kelajuan tindak balas komunikasi hujung ke hujung sebanyak 50%.

Selain itu, Zeekr 9X juga akan menggunakan  sensor canggih yang terdiri daripada lima unit sensor LiDAR - satu LiDAR jarak jauh dan empat LiDAR jarak dekat untuk titik buta.

image.png

Bagi rangkaian kuasa, Zeekr 9X  memperkenalkan teknologi rangkaian kuasa "Super Electric Hybrid" baharu. Ia sebenarnya bertujuan untuk menggabungkan  teknologi elektrik tulen (BEV), plug-in hybrid (PHEV) dan teknologi range-extender (EREV),  bagi menawarkan kecekapan dan pengalaman pemanduan.

Mengenai trenkuasa, tiada butiran didedahkan namun Zeekr  mendakwa bahawa 9X mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam tiga saat. 

Pendek kata, trenkuasa baharu ini  menjanjikan output dan kelajuan yang cukup bertenaga.

image.png

Difahamkan, Zeekr 9X akan mula di jual di China pada akhir tahun ini  pada harga sekitar 500,000 yuan, lebih kurang (RM301,239).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

24-09-2026
EV

02-02-2026
Global

21-01-2026
Global

09-01-2026
Global

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Teknologi

25-11-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.