Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), melancarkan secara rasminya, Defender V8 di pasaran tempatan.
Defender V8 boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Defender 110 V8 dan Defender 130 V8.
Defender 130 V8 hadir dengan enjin 5.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 500 PS dan tork 610 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.7 saat.

Sementara itu, Defender 110 V8 pula dipacu dengan enjin 5.0L supercharged V8, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 525PS dan tork 625Nm, serta keupayaan memecut dari 0-100 km/j boleh dibuat dalam masa 5.4 saat.

Kedua-duanya direka untuk memberikan pengalaman memandu luar biasa, sama ada menyusuri jalan-jalan bandar atau mengharungi permukaan jalan lasak.
Dari segi kelengkapan, Defender V8 dilengkapi dengan empat ekzos yang mampu menghasilkan bunyi V8 yang berbeza daripada versi lain.
Difahamkan, Defender V8 meneruskan warisan terdahulunya, tetapi menggabungkan kuasa dan prestasi tinggi dengan kejuruteraan moden yang dinaik taraf.


Menjengah bahagian kabinnya, Defender 110 V8 menyediakan kerusi belakang boleh dipanaskan 40:20:40 dengan reka bentuk lipatan terpisah serta ada perehat tangan di tengah.


Bagi Defender 130 V8 pula, ia hadir dengan kerusi belakang 60:40 dengan ruang kargo boleh dibesarkan jika kerusi belakang direbahkan.

Defender 110 V8 dijual pada harga RM998,000 manakala RM1.198 juta untuk Defender 130 V8.

Untuk mendapatkan harga termasuk cukai dan sebutan harga istimewa, hubungi cawangan JRLM Ara Damansara (+603-7651 2000).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL2041
SELANGOR
BSS7396
JOHOR
JC4370J
PULAU PINANG
PSE7015
PERAK
APK6673
PAHANG
CFH4535
KEDAH
KGH5507
NEGERI SEMBILAN
NEL4387
KOTA KINABALU
SJT5412
KUCHING
QAB4045P
Terakhir Kemas Kini 17 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat