Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih



Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender. Kemas kini untuk model tahun 2026 ini tampil dengan beberapa perubahan kosmetik serta peningkatan dari segi teknologi dalam kabin.
Rekaan Lebih Eksklusif




Dari luar, perubahan reka bentuk mungkin tampak kecil tetapi cukup signifikan. Lampu hadapan kini direka semula dengan bahagian tengah yang lebih kecil, menghasilkan grafik pencahayaan yang lebih unik apabila diaktifkan. Ini dipadankan dengan lampu belakang jenis "smoked" yang lebih sofistikated.
Turut ditampilkan ialah gril hadapan baharu berwarna hitam berkilat yang kini menjadi kelengkapan standard bagi semua varian. Bampar hadapan dan belakang juga menerima sentuhan warna perak atau kelabu satin, mengikut varian. Pilihan rim baharu bersaiz 22 inci dengan rekaan 7 jejari juga diperkenalkan.
Skrin Sentuh Lebih Besar, Teknologi Lebih Canggih

Masuk ke dalam kabin, perubahan paling ketara ialah penggantian skrin lama 11.4 inci dengan sistem infotainmen baharu bersaiz 13.1 inci. Paparan ini kini mengisi sepenuhnya ruang antara konsol tengah dan papan pemuka, memberikan sentuhan lebih moden dan kemas.


Defender 2026 juga diberikan ciri keselamatan baharu iaitu kamera inframerah yang dipasang menghadap pemandu, dipasang pada tiang stereng. Ini bertujuan menyokong sistem Driver Attention Alert (DAA) yang kini diwajibkan di bawah peraturan keselamatan EU GSR2.
Ciri Pemanduan Off-Road Dipertingkatkan






Buat pertama kalinya, Defender 2026 hadir dengan sistem kawalan jelajah adaptif untuk pemanduan off-road, tetapi ia ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Selain itu, sistem All Terrain Progress Control turut dipertingkat dan kini membolehkan pemandu menetapkan tahap keselesaan semasa meredah pelbagai jenis permukaan.
Enjin Masih Sama
Setakat ini, JLR masih belum mengumumkan sebarang perubahan pada barisan enjin, tetapi difahamkan tiada perubahan besar bakal berlaku.
Antara pilihan enjin sedia ada termasuk diesel 3.0L turbo kembar 6 silinder dengan kuasa 246 hp atau 345 hp, hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin petrol 2.0L yang menghamburkan kuasa 296 hp dan memiliki jarak elektrik sehingga 48 km serta enjin V8 5.0L dengan kuasa 419 hp, 493 hp atau 518 hp.
Varian tertinggi, Defender Octa menggunakan enjin V8 4.4L turbo kembar yang dibangunkan oleh BMW dengan kuasa 626 hp.
Penghantaran Bermula Tidak Lama Lagi

Dengan pendedahan rasmi ini, Land Rover Defender 2026 dijangka memasuki pasaran dalam masa terdekat.
Baca: Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
Baca: JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover
PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.
06-08-2025
Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.
15-04-2025
Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
10-10-2024
Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?
Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover.
18-12-2023
[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover
Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.
30-03-2023
Gigit Jari Tengok Harga Defender 130
Bagi model tahun 2024, Defender 130 kini ditawarkan dalam versi Outbound.
01-05-2023
Defender 90 Edisi Terhad, Kereta Ikonik Kini Dihasilkan Dalam Saiz Mini: Hanya RM372!
Pereka kereta Land Rover telah menghasilkan Defender 90 dalam versi mini.
08-11-2021
Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond
Land Rover melancarkan Land Rover Defender V8 Bond Edition sempena tayangan filem baharu, No Time To Die.
29-09-2021
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
