ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jetour Lebarkan Sayap Rangkaian Jualan, Tambah Lagi Pusat Servis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jetour Malaysia mengesahkan bahawa mereka berhasrat untuk mengembangkan  rangkaian jualan dan servis mereka  di Malaysia, pada tahun ini.

Buat permulaan, Jetour Malaysia akan menubuhkan 10 pusat 3S dan 4S di negara pada suku pertama tahun ini.

Difahamkan, dalam tahun ini, 30 lagi pusat 3S dan 4S akan ditambah kepada 30 pusat jualan dan servis yang ada sekarang.

Pusat 3S dan 4S Jetour akan dibuka di  Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

image.pngimage.png

Jetour sudah memperoleh inventori lengkap alat ganti bagi memastikan sokongan selepas jualan .

Mengenai rancangan CKD, Jetour Malaysia turut mengesahkan bahawa pihak telah  melantik Berjaya Assembly Sdn Bhd sebagai rakan kongsi CKD.

image.png

Menurut Jetour Malaysia, kerjasama itu merangkumi prinsip pembuatan pintar yang sejajar dengan Industri 4.0.

“Ia menyepadukan teknologi digital termaju seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Perkara dan robotik ke dalam proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan fleksibiliti,” katanya.

Selain memenuhi keperluan pasaran tempatan, Jetour Malaysia turut merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan eksport ke negara-negara ASEAN, Oceania dan Timur Tengah.

image.png

Usaha itu juga akan menyaksikan pembuat kereta itu menjadikan Malaysia sebagai hab R&D Asia Pasifik, dimana Jetour di Indonesia, Thailand dan Australia akan menyumbang input pasaran serta maklum balas teknikal bagi memastikan pembangunan produk yang lebih relevan, cekap dan kompetitif.

Sehubungan itu, Jetour Malaysia menyatakan bahawa mereka akan melabur sebanyak RM560 juta untuk pembuatan, RM216 juta untuk R&D, dan RM65 juta lagi untuk pengembangan dan pembangunan rangkaian tempatannya. 

Pelaburan itu bukan sahaja  memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem automotif serantau, malah membuka lebih 3,200 peluang pekerjaan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-08-2026
Berita Auto

16-02-2026
Pandu Uji

12-02-2026
Berita Auto

09-02-2026
Berita Auto

04-02-2026
Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.