SAIC Motor Dedah MG S5 Elektrik, Ada 2 Pilihan Bateri, Harga Bermula Dari RM115K

MG Motor Malaysia mendedahkan MG S5 elektrik dalam satu sesi majlis prantonton eksklusif bersama media, sebentar tadi.
Untuk pasaran tempatan, SUV elektrik segmen-B ini akan hadir dalam dua varian.
Bagaimanapun, buat masa ini, harga sebenarnya tidak didedahkan namun harga anggaran adalah bermula dari RM115 ,000.tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.


Ia yang mewakili generasi baharu EV yang serba boleh dan mampu dimiliki, dilengkapi dengan pengecasan pantas, ruang kabin yang luas, sistem bantuan pemandu pintar, pacuan roda belakang untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan, serta ciri keselamatan komprehensif.
Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, MG S5 EV adalah model pertama yang kami perkenalkan sebagai langkah permulaan dalam lembaran baharu MG di Malaysia.


“Ia memberikan gambaran jelas tentang pengalaman pemanduan terbaik dalam kelasnya, terutamanya dalam segmen ini. Dibina khas mengikut kesesuaian jalan raya Malaysia, model ini menandakan satu langkah penting buat SAIC Motor sejak kemunculannya di peringkat global di China pada Oktober lalu," katanya.


Dari segi dimensi, MG S5 berukuran 4,476 mm (panjang), 1,849 mm (lebar), 1,621 mm tinggi manakala jarak roda pula and 2,730 mm.
Untuk makluman, MG S5 yang disumbat dengan bateri berkapasiti 49kWj mampu menghamburkan kuasa setakat 168 hp (125kW) dan tork 250Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 8 saat dan kelajuan maksimumnya pula 160km/j.

Sementara itu, varian yang dilengkapi dengan bateri 62kWj pula menghasilkan kuasa setakat 241 hp (180kW) dan tork 350Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.3 saat.
Varian yang menggunakan bateri 49kWj mampu bergerak sejauh 340km (WLTP), manakala varian tertinggi pula menawarkan jarak sehingga 430km.


Difahamkan, kedua-dua varian menawarkan pacuan roda belakang (RWD) untuk pemanduan yang lebih responsif dan memuaskan.
Selain pengendalian cemerlang, kedua-dua varian MGS5 EV turut dilengkapi dengan pengecasan AC 6.6kW, Vehicle-to-Load (V2L), sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.
Antara kelengkapan lain ialah, skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci dengan kawalan suara, digital kluster instrumen 10.25 inci, MG iSMART, ada navigasi, 4 pengecas port, 4 speaker dan pakej keselamatan lengkap yang merangkumi 7 beg udara serta sistem (ADAS).

Bagi mereka yang inginkan keselesaan tambahan, varian bateri 62kWh menawarkan ciri premium seperti rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, pintu belakang berkuasa, tempat duduk dibaluti dengan kulit dan fabrik berlubang, stereng kulit yang dipanaskan, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, sistem audio premium dengan 6 pembesar suara, dan kamera pandangan sekeliling 360 darjah.
Untuk makluman, MGS5 EV tersedia dalam lima pilihan warna menarik: Arctic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte1. Model ini juga dilengkapi dengan tema dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat