Xpeng X9 2025 Facelift Didedah, MPV Elektrik Mewah, Lama Lagi Nak Masuk M'sia

Hanya beberapa minggu selepas membuat penampilan sulungnya di Malaysia, Xpeng X9 kini telah hadir dengan versi tahun 2025.
Model itu sudah pun didedahkan pada acara Xpeng Global Brand Night 2025 yang diadakan di Hong Kong, baru-baru ini.


X9 baharu ini menampilkan pelbagai penambahbaikan utama dan peralatan baharu, termasuk suite Turing AI ADAS, pengecasan pantas 5C, dan sebenarnya banyak lagi.
Menjengah perubahan pada bahagian luaran, nampaknya perubahan yang dilakukan tidaklah begitu ketara memandangkan X9 baharu ini hanya menampilkan perubahan reka bentuk yang sangat minimum berbanding pendahulunya.
Perubahan visual yang paling ketara ialah pilihan roda baharu bersaiz 19 dan 20 inci, di mana pilihan 20 inci menampilkan penutup tengah terapung dinamik, dan hadir dengan warna luaran baharu seperti Ungu Nebula, Biru Galaxy, dan Starship Matte.


Sebaliknya, perubahan ketara hanya dapat dilihat menerusi kabin X9 kerana ia hadir dengan sentuhan bahan lembut, ada beberapa butang untuk kegunaan pelbagai fungsi dan didatangkan dengan kemasan tsalutan vakum PVD yang lebih premium.



Setakat ini, peningkatan dalaman yang paling menonjol ialah tempat duduk Zero-Gravity, yang kini didatangkan secara standard untuk barisan pertama dan kedua.
Xpeng mendakwa bahawa tempat duduk Gravity baharu ini lebih selesa berbanding sebelum ini selain ia juga dilengkapi dengan fungsi urutan 10 poin dan boleh menaik taraf kepada 16 poin.
Selain itu, akses ke tempat duduk baris ketiga juga mudah dilangkah kerana lorong tengah kini agak luas sekali gus memberikan ruang laluan lebih besar untuk ke bahagian belakang.
Bercakap tentang bahagian belakang, tempat duduk baris ketiga turut dinaik taraf, di mana ia kini dilengkapi dengan kawalan penyandar belakang selain terdapat enyokong kepala yang boleh dilaras secara elektrik, serta boleh dilipat rata.

Antara kelengkapan lain ialah, Xpeng X9 ini hadir dengan skrin infotainmen belakang bersaiz 21.4 inci, soket kuasa 220 volt baharu, ada karaoke, peti sejuk/pemanas bersaiz 10.8 liter, penghawa dingin tengah, serta tempat duduk baris ketiga boleh dilipat secara automatik.
Dari segi pemanduan, X9 yang dinaik taraf ini masih dilengkapi secara standard dengan sistem stereng roda belakang (RWS) dimana ia yang memberikan radius pusingan hanya 5.4 meter.


Model AI yang digunakan untuk mensimulasikan dan mengoptimumkan keselesaan casis X9 baharu.
Dikhabarkan, Xpeng juga melabur lebih RM330 juta dalam pembangunan kesenyapan kabin (NVH), dengan 58 penambahbaikan bunyi dan gegaran.
Seperti yang dijangka, tiada perubahan ketara pada rangkaian kuasa X9 baharu, kerana ia masih menggunakan seni bina SEPA 2.0 800-volt yang sama seperti sebelumnya.
Varian yang dipacu dengan motor tunggal pacuan hadapan (FWD) mampu menghasilkan kuasa setakat 315 hp (235 kW) dan 450 NM manakala versi dwi-motor pacuan semua roda (AWD) yang lebih bertenaga pula boleh menghamburkan kuasa setakat 496 hp (370 kW) dan 640 Nm.
Malah, pilihan baterinya juga tidak berubah dimana ia menggunakan pek bateri berkapasiti LFP 94.8-kWh dan NMC 105-kWj .
X9 yang dinaik taraf mendapat pengecas super 5C yang lebih pantas. Xpeng mendakwa bateri AI 5C Superfast Charging baharu ini boleh menambah jarak 405 KM hanya dalam masa 10 minit pengecasan, manakala pengecasan 10-80% hanya mengambil masa kira-kira 12 minit.

Malah, Turing AI Smart Driving ADAS turut dilengkapi kepada semua varian, di mana ia menawarkan "perisian pemanduan autonomi lengkap (NGP) selain boleh pakir kereta ke tempat letak kereta dengan tepat..
Di China, Xpeng X9 2025 yang dikemas kini, didatangkan dalam empat varian:
• Long Range Max (650km) –359,800 yuan (RM217,000)
• Ultra Long Range Max (740km) – 379,800 yuan (RM229,136)
• AWD Performance Max (702km, AWD) – 399,800 yuan (sekitar RM241,196)
• Starship Edition (lengkap semua ciri, 702km) – 419,800 yuan (RM253,258)
X9 ini dijadualkan membuat penampilan sulungnya di Eropah pada suku kedua 2025, manakala rakyat Malaysia mungkin perlu menunggu sehingga 2026 .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City
Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,
26-10-2025
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM
Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.
24-10-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
