Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.
Pelancaran ini juga menandakan pencapaian penting bagi Changan setelah berjaya mengeluarkan secara rasmi kenderaannya yang ke-28.59 juta, DEEPAL S05, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
Daripada Eksport kepada Pengeluaran Global

Langkah ini menunjukkan peralihan strategi syarikat daripada eksport produk kepada pengilangan di luar negara. Ia juga mencerminkan komitmen Changan terhadap inovasi pintar, kelestarian dan digitalisasi dalam sektor automotif.
Sokongan Penuh dari Thailand


Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Changan, Zhu Huarong, sebelum upacara perasmian. Kerajaan Thailand menyatakan sokongan terhadap pelaburan Changan, termasuk pelan syarikat untuk membina rantaian industri automotif yang komprehensif di negara itu.
Kilang ini dijangka menyumbang kepada pembangunan rantai bekalan tempatan, penciptaan peluang pekerjaan dan hasil cukai negara.
Pelancaran kilang ini juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Thailand dan China.
Fasiliti Pintar yang Mesra Alam

Kilang baharu di Rayong ini memiliki kapasiti awal sebanyak 100,000 unit setahun, dengan sasaran untuk menggandakan pengeluaran menjelang 2027. Ia turut dilengkapi teknologi mesra alam dan pintar seperti tenaga solar, sistem kitar semula air hujan serta sistem pengurusan AI.
Hab Pasaran Asia Tenggara
Di bawah strategi "In Thailand, For Thailand", Changan mahu menjadikan Thailand sebagai hab utama untuk pasaran Asia Tenggara, Australia dan New Zealand. Mereka juga menyasarkan untuk melancarkan 12 model NEV baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk teknologi bantuan pemandu pintar dan kecerdasan buatan (AI).
Selain itu, Changan turut membuka gudang alat ganti baharu di Rayong bagi memastikan penghantaran yang pantas serta meningkatkan kepuasan pelanggan di seluruh rantau ini.
Sebahagian Rancangan Besar Changan ke Arah 2030

Langkah ini adalah sebahagian daripada pelan besar Changan yang dikenali sebagai “Green Plan”, “Intelligent Plan” dan “Vast Ocean Plan”, dengan sasaran menjual 5 juta unit secara global dan 3 juta unit NEV setahun menjelang 2030.
Setakat tahun 2024, Changan telah menjual 2.684 juta kenderaan di seluruh dunia, dengan peningkatan 52.8% dalam jualan NEV berbanding tahun sebelumnya.
Kepercayaan Terhadap Pasaran Thailand
Sejak memasuki pasaran Thailand pada akhir 2023, Changan telah melancarkan tujuh model EV, termasuk Deepal S07, E07 dan Avatr 11, yang telah merekodkan lebih 14,000 unit terjual setakat ini.
Pengerusi Changan, Zhu Huarong, menegaskan komitmen jangka panjang syarikat terhadap Thailand, menyatakan bahawa kilang Rayong akan menjadi penanda aras global bagi pengeluaran kenderaan pintar dan rendah karbon.
Baca: Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi
Baca: BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat