BIMS 2025: SUV Elektrik Deepal S05 Kini Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Di saat rakyat Malaysia masih menantikan ketibaan Deepal S05 dan S07 di bawah Bermaz Auto (BAuto), pengguna di Thailand sudah pun menerima kehadiran SUV elektrik ini secara rasmi selepas majlis pelancarannya diadakan di acara Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025).
Gah di Jalan Raya
SUV elektrik keluaran syarikat automotif Changan ini tampil menyerlah dengan rekaan aerodinamik dan futuristik. Dengan dimensi sepanjang 4,620 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,600 mm, serta jarak roda 2,880 mm, Deepal S05 menawarkan ruang kabin yang lebih luas berbanding pesaing seperti Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3. Ia turut memiliki jarak kelegaan tanah 169 mm dan rim aloi 18 inci yang membuatkannya kelihatan ‘gah’ di jalan raya.
Tiga Varian, Cecah 241 HP, 470 KM

Di Thailand, tiga varian Deepal S05 diperkenalkan iaitu Lite, Plus dan Max. Selain itu, dua varian range-extender (REEV) turut diperlihatkan, Plus REEV dan Max REEV.
Bagi versi elektrik sepenuhnya (BEV), model ini dikuasakan oleh motor berkuasa 175 kW (241 hp) dengan tork 320 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.
Versi elektrik ini menggunakan bateri LFP 56.1 kWj yang boleh dicas dengan sistem pengecasan pantas DC sehingga 151.5 kW serta pengecasan AC pada kadar 6.6 kW. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 470 km (NEDC).
Varian Range-Extender Capai 1,234 KM

Untuk model REEV, Deepal S05 menggunakan enjin 1.5L empat silinder dengan teknologi VVT yang menghasilkan 70 kW (94 hp) dan 122 Nm. Enjin ini berfungsi sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik yang mampu menjana 160 kW (215 hp) dan 320 Nm.
Dilengkapi bateri LFP 27.28 kWj, varian ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sejauh 170 km sebelum beralih kepada mod enjin petrol, dengan jarak keseluruhan mencecah 1,234 km. Dari segi prestasi, model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 175 km/j. Deepal S05 versi REEV menyokong pengecasan pantas DC 54.5 kW serta pengecasan AC 6.6 kW.
Kedua-dua versi, BEV dan REEV, hadir dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehken kereta digunakan untuk mengecas peranti elektrik lain.
Ruang Kabin Premium Berteknologi Tinggi
Bahagian kabin Deepal S05 sarat dengan teknologi terkini termasuk skrin infotainmen 15.4 inci beresolusi 2.5K, dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155. Ia boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ciri canggih diserlahkan lagi dengan kehadiran ciri pembantu suara pintar dalam bahasa Thai dan Inggeris.
Ciri menarik lain termasuk papar pandu augmented reality (AR-HUD), sistem audio premium 14 speaker, penghawa dingin dua zon, pengecas telefon tanpa wayar 50W, serta tempat duduk hadapan boleh laras dengan fungsi memori dan urutan. Ciri menarik lain yang menaikkan aura mewah kereta ialah pencahayaan ambien 64 warna serta bumbung panoramik.
Sistem Keselamatan Canggih
Dari segi keselamatan, Deepal S05 dilengkapi pakej keselamatan ADAS lengkap yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik, pengecaman titik buta, sistem pemantauan pemandu, serta kamera 360 darjah dengan pandangan tembus casis (transparent chassis view).
Harga Jualan di Thailand

Di pasaran Thailand, harga jualan Deepal S05 BEV bermula dari THB799,000 (~RM105,000) untuk varian Lite, THB849,000 (~RM111,000) untuk varian Plus dan THB899,000 (~RM118,000) untuk varian Max. Model REEV pula dijangka berharga bawah THB999,000 (~RM131,000).
Malaysia dilaporkan bakal menerima dua model Deepal dalam masa yang terdekat. Selain Deepal S05, model lain yang dikatakan bakal ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Deepal S07. Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai tarikh pelancaran kedua-dua model ini tidak didedahkan lagi.
Harga yang bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan juga kekal satu tanda tanya. Apakah agaknya strategi harga yang akan digunakan BAuto? Adakah cukup kompetitif untuk bersaing dengan model sedia ada seperti Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3?
Baca: Pratonton SUV EV Deepal S07 – Tiba Suku Kedua 2025, Ancaman Terhadap Model Y?
Baca: BIMS 2025: GWM Haval H6 Facelift Dilancarkan Di Thailand – Gaya Lebih Agresif
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi
Bermaz Auto Berhad (BAuto), melalui anak syarikatnya, Bermaz Changan Sdn Bhd (BCSB), dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik Deepal (EV) di Malaysia.
26-11-2024
Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025
Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6. Ini yang menarik...
26-04-2024
Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand
Changan Auto akan memulakan pembinaan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di luar negara China.
29-04-2023
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000
Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
03-09-2025
Persaingan Terlalu Sengit, BAuto Berdepan Tekanan Pasaran
Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar jenama Mazda, Kia, XPeng dan Deepal, menjangkakan cabaran lebih besar dalam pasaran automotif Malaysia.
14-03-2025
Bermaz Auto Kini Pengedar Rasmi EV China, XPeng
Bermaz Auto Bhd (BAuto) mengumumkan bahawa syarikatnya telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) jenama XPeng di Malaysia
15-03-2024
Berita Terkini
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu
Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.
20-07-2026
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
