Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

Menjelang Pameran Autoshow Malaysia 2025 (MAS 2025) sepanjang minggu ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memilih untuk melancarkan tiga model istimewanya. Kesemua model ini akan dipamerkan secara umum di MAS 2025, dimana VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama.

Edisi khas ini didatangkan dengan pelbagai sentuhan gaya eksklusif dan tambahan menarik, baik di bahagian luar mahupun bahagian kabinnya
Antaranya termasuklah lencana Wolfsburg pada tiang-B, penutup injap tayar berjenama VW, strip pelindu pintu belakang yang bercahaya dengan logo VW, jalur pelindung pada pintu but, penutup hab Volkswagen Dynamic, serta Cargo Elements dengan pelekat velcro pada karpet lantai but.

Malah ia juga dilengkapi dengan Perakam Trafik Volkswagen Universal 2.0 (UTR 2.0) pada bahagian hadapan dan belakang, ada penutup injap dengan logo ‘VW’ serta pembeli akan menerima sebuah kotak Edisi Wolfsburg dengan pemegang kunciVolkswagen.

Selain daripada sentuhan gaya eksklusif dan kemudahan tambahan, VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 tidak mengalami sebarang perubahan mekanikal berbanding model Arteon fastback biasa. Ia masih mengekalkan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 276 hp dan tork 250 NM. Enjinnya digandingkan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4Motion .
Sebagai peringatan, pakej trenkuasa ini membolehkan sedan fastback empat pintu bergaya ini memecut dari 0-100 KM/J hanya dalam hanya 5.6 saat. Selain itu, versi Arteon spesifikasi Malaysia turut dilengkapi dengan sistem Kawalan Casis Dinamik (DCC) yang menawarkan lima mod pemanduan boleh pilih – Eco, Comfort, Normal, Sport, dan Individual.
Ciri-ciri standard pada model Arteon biasa juga masih dikekalkan. Antara yang menonjol termasuk rim aloi 19 inci, pakej gaya luaran R-Line, upholsteri tempat duduk kulit Nappa dengan corak ‘carbon-print’, tempat duduk hadapan jenis sporty , lampu ambien 30 warna, kawalan suhu automatik tiga zon, pakej IQ.Drive ADAS, dan banyak lagi.
Dari segi harga, VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 dijual pada harga RM292,612, dan Harga itu TIDAK termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP). Angka tersebut meningkat kepada RM306,012 atas jalan tanpa insurans jika VAP dimasukkan.
Semua model Wolfsburg Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun iaitu sebagaisebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).
Menariknya, pakej selepas jualan VAP pilihan dalam edisi istimewa ini telah dipertingkatkan dengan pakej servis selama 7 tahun atau 105,000 KM. Sebagai perbandingan, VAP model standard menawarkan waranti selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, bersama pakej penyelenggaraan 5 tahun/75,000 KM dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQL2483
SELANGOR
BSM3690
JOHOR
JYR1875
PULAU PINANG
PRY4761
PERAK
APF904
PAHANG
CFF2094
KEDAH
KGE2627
NEGERI SEMBILAN
NEJ4739
KOTA KINABALU
SJQ2097
KUCHING
QAB2095N
Terakhir Kemas Kini 07 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Sedan Volkswagen Arteon Di Eropah
Rancangan untuk mengeluarkan EV telah mendorong VW untuk menghentikan pengeluaran beberapa model ICE. Ini mangsa baharu...
07-02-2024
3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba
VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.
06-02-2024
Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.
04-01-2023
Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!
Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!
07-01-2022
Volkswagen Malaysia Dan Filamen Lancar Aset Digital Arteon
Empat karya kripto yang dihasilkan berdasarkan model andalan Volkswagen, Arteon.
04-01-2022
Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini
Versi baharu Volkswagen Arteon tampil dengan beberapa penambahbaikan.
28-10-2021
Review & Pandu Uji Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 | Lebih Mahal, Lebih Power? | Caricarz.com
Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION telah dilancarkan di Malaysia sejak July 2021. Harga bermula dari RM248k, harga baru Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 adalah RM27k lebih mahal daripada versi sebelum ini.
21-10-2021
Pecutan 0-100 KM/J Dalam 4.9 Saat! Model Berprestasi Tinggi Volkswagen 'Arteon R' Bakal Masuk Malaysia?
Ura-uranya Volkswagen bakal membawa masuk Arteon R dan Arteon R Shooting Brake ke dalam pasaran Malaysia.
02-06-2021
Berita Terkini
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000
OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.
06-02-2026
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.
06-02-2026
Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok
Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.
06-02-2026
Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*
Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.
05-02-2026
Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).
05-02-2026
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.
04-02-2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800
Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.
29-01-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat