Kilang Changan Di Thailand: Tinggi Automasi, Jadi Inspirasi AHTV?

Selepas pelancaran kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) Changan di Rayong, Thailand, perhatian kini tertumpu kepada kecanggihan teknologi yang digunakan di kilang tersebut yang menyerlahkan visi Changan ke arah masa depan pengeluaran yang pintar dan lestari.
Komponen Penting Dalam Pelan ‘Vast Ocean’
Penubuhan kilang ini adalah sebahagian daripada Pelan Vast Ocean, iaitu strategi Changan untuk beralih daripada eksport kenderaan kepada operasi perindustrian berskala penuh secara tempatan. Langkah ini menandakan komitmen syarikat dalam memperkukuh kehadiran global dari segi produk, jenama, inovasi digital dan keupayaan pengilangan.
Baca: Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik
Kilang Berkeluasan 960,000 Meter Persegi, Fokus Automasi
Dibina di atas tanah seluas 960,000 meter persegi, kilang ini direka dengan penekanan terhadap aspek kecekapan, kualiti dan kelestarian. Ia menggabungkan teknologi automasi dan digital terkini, melibatkan lima bengkel utama, termasuk kerja kimpalan, pengecatan, pemasangan serta penghasilan bateri, yang mencapai kadar automasi 90% pada peringkat kawalan kualiti utama, menjadikannya antara kilang automotif tercanggih di Thailand.

Antara teknologi yang digunakan adalah seperti berikut:
- Bengkel pengimpalan dilengkapi 39 robot dan teknologi FDS, EPS serta SPR.
- Bengkel cat menggunakan 29 robot, dengan jaminan ketahanan cat sehingga 15 tahun dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40%.
- Barisan pemasangan merangkumi 140 stesen, dengan Automated Guided Vehicles (AGV) dan peralatan pintar untuk pelbagai jenis trenkuasa dan model.
- Bengkel bateri melibatkan 22 proses berketepatan tinggi dan 45 AGV untuk memastikan kelancaran pengeluaran.
45% Tenaga Diperoleh dari Solar, Guna Semula Air Hujan

Aspek kelestarian turut diberikan perhatian dalam pembangunan kilang ini yang mana ia menggunakan sistem solar 14MW yang menjana 45% keperluan elektrik, selain menampilkan menara aliran udara semula, sistem pencahayaan semula jadi dan sistem kitar semula air hujan. Gabungan inisiatif ini menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 5%.
Penghantaran Lebih Pantas


Kilang ini beroperasi sepenuhnya atas ekosistem digital berasaskan mikrosistem, membolehkan pemantauan masa nyata, pengurusan rantaian bekalan lebih cekap dan pengurangan masa penghantaran daripada 21 hari kepada hanya 15 hari.
Sistem kualiti Changan Quality Operating System (CAQOS) pula mengawasi keseluruhan operasi melalui 77 kamera dan 62 titik semakan automatik untuk memastikan kualiti sentiasa konsisten.
Sasaran Tempatan 80% dan 30,000 Peluang Pekerjaan

Bagi masa akan datang, Changan merancang untuk membuat pengeluaran sehingga 80% komponen secara tempatan, mewujudkan 30,000 pekerjaan dan menubuhkan pusat alat ganti untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) dengan keupayaan penghantaran dalam masa 24 jam.
Ke Arah Jualan Global 5 Juta Unit

Dengan 12 model tenaga baharu bakal dilancar di bawah jenama Changan, Deepal dan Avatr dalam tempoh tiga tahun akan datang, kilang ini dijangka akan memberikan sumbangan yang besar dalam usaha merealisasikan sasaran global Changan untuk menjual 5 juta unit kenderaan menjelang 2030, termasuk 3 juta kenderaan NEV.
Di peringkat awal, kilang ini memiliki kapasiti pengeluaran mencecah 100,000 unit setahun, dengan sasaran 200,000 unit menjelang 2027.
Dibina dalam 556 Hari
Menurut Shen Xinghua, Pengarah Urusan Bahagian Asia Tenggara Changan, projek kilang Rayong berjaya disiapkan dalam 556 hari hasil kerjasama lebih 2,000 kakitangan dan rakan kongsi dari seluruh dunia.
“Kami berada di sini untuk jangka masa panjang. Bersama-sama, kita akan membentuk masa depan automotif yang lebih bersih, pintar dan kukuh, In Thailand, For Thailand and For the World,” katanya.
Bayangan Awal AHTV Malaysia?


Kilang Rayong menjadi penanda aras baharu bagi pengilangan pintar, lestari dan bersepadu. Ia boleh juga dilihat sebagai gambaran awal tentang bagaimana projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim bakal dibangunkan dan beroperasi, hasil pelaburan besar serta sokongan teknikal daripada Geely.
Baca: DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
Baca: Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY1274
SELANGOR
BSU9707
JOHOR
JH2774J
PULAU PINANG
PSH3489
PERAK
APM8559
PAHANG
CFJ3846
KEDAH
KGJ7791
NEGERI SEMBILAN
NEM5629
KOTA KINABALU
SJV1420
KUCHING
QAB9804P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara
Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.
18-05-2025
Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand
Changan Auto akan memulakan pembinaan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di luar negara China.
29-04-2023
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge