MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800

Great Wall Motor Malaysia (GWM Malaysia) secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). SUV hibrid mewah 7 tempat duduk ini ditawarkan di pasaran pada harga RM328,800.
Waranti Seumur Hidup

Apa yang menariknya mengenai pelancaran model Tank kali ini ialah pakej jaminan luar biasa yang ditawarkan. Antaranya:
- Waranti seumur hidup untuk sistem hibrid, enjin dan transmisi.
- Waranti bateri hibrid selama 8 tahun atau 200,000 km.
- Waranti asas kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan.
Selain itu, sempena pelancaran model ini, GWM menawarkan pakej servis dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk tempoh terhad. Bukan itu sahaja, 100 pembeli terawal juga bakal menerima hadiah eksklusif.
Prestasi Hibrid dan Keupayaan Off-Road
GWM Tank 500 HEV dikuasakan oleh enjin petrol turbo 2.0 liter yang digabungkan dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 346 ps dan tork 648 Nm.

Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda (4WD) boleh ubah yang menawarkan 11 mod diff-lock (penguncian pembeza) dan terrain (laluan), serta kawalan jelajah off-road dan fungsi ‘Tank Turn’.
Kabin Mewah & Canggih Jamin Keselesaan & Beri Keyakinan

Dari segi kelengkapan, SUV ini tidak mengecewakan. Antara yang ditawarkan ialah lampu LED penuh, pemijak sisi automatik dan upholsteri kulit Nappa berjahit (quilted). Turut disediakan ialah skrin digital 12.3 inci untuk kluster instrumen, skrin infotainmen 14.6 inci, kerusi hadapan laras kuasa, sistem pengudaraan untuk kerusi barisan pertama dan kedua, serta kerusi baris ketiga yang boleh dilipat secara automatik.






Kelengkapan lain ialah penyaman udara tiga zon automatik, kamera 360 darjah, kamera pandangan casis lutsinar dan bumbung suria panorama dan sebagainya.
Sistem Keselamatan ADAS

Tank 500 HEV turut dipasang dengan sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS), termasuk brek kecemasan automatik, kawalan kelajuan adaptif, pemantau titik buta dan sistem ‘Wisdom Dodge’ yang membantu kenderaan mengelak secara pintar. Ciri keselamatan lain ialah enam beg udara dan kawalan kestabilan.
GWM Tank 500 HEV akan disediakan di 14 pengedar GWM terpilih di seluruh negara. Pilihan warna yang ditawarkan ialah Sun Black, Crystal Gray dan Hamilton White.
Kunjungi Malaysia Autoshow 2025
Bagi yang ingin menyaksikan GWM Tank 500 HEV dengan lebih dekat, kunjungi tapak pameran GWM Malaysia di Dewan A, Malaysia Autoshow 2025.

Baca: MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Malaysia Dedah Imej Acah Tank 500, Dilancarkan Mei Nanti?
GWM Malaysia melalui media sosial rasminya mendedahkan imej acah yang memamparkan bentuk badan SUV 4x4 premium, GWM Tank 500.
11-04-2025
GWM Malaysia Dedah Imej Acah Tank 500, Dilancarkan Mei Nanti?
GWM Malaysia melalui media sosial rasminya mendedahkan imej acah yang memamparkan bentuk badan SUV 4x4 premium, GWM Tank 500.
11-04-2025
GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta
GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).
29-05-2024
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge