ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_35.JPG


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasminya mengumumkan harga bagi model Audi Q7 versi pemasangan tempatan (CKD). Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance. 


Audi Q7 CKD menggunakan enjin hibrid ringkas (MHEV)  yang terdiri daripada enjin 3.0L V6 turbo yang menjana 340 ps seperti model Touareg dan 500 Nm seperti Cayenne, digabungkan dengan sistem hibrid ringkas 48 volt, menggunakan penjana pemula pacuan tali sawat (belt-driven) yang membolehkan kereta bergerak tanpa menggunakan enjin sehingga 40 saat pada kelajuan antara 55 ke 160 km/j.  


Sistem trenkuasa ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) quattro dan stereng gandar belakang (RWS) untuk pemanduan lebih dinamik. Model ini turut didatangkan dengan sistem suspensi udara adaptif talaan sporty. 



CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_10.JPGCariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_12.JPGCariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_9.JPGCariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_11.JPG


Dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang ditetapkan pada 250 km/j. 


Ditawarkan dalam versi tiga baris tempat duduk, Audi CKD lengkap dengan pelbagai ciri menarik termasuk  lampu utama HD Matrix LED terkini bersama lampu tinggi laser, pakej kemasan S Line yang sporty, bersama rim dua warna Audi Sport berukuran 22 inci. 


Ciri menarik lain ialah pakej kemasan hitam yang memberikan Q7 aura sporty melalui penggunaan warna gelap tersebut pada beberapa sudut kereta seperti gril dan perumah cermin sisi. 


CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_3.JPG


Untuk kabinnya, antara yang disediakan ialah menjadi sistem kawalan pendingin hawa automatik empat zon, tempat duduk sport yang boleh dipanaskan dan disejukkan serta hadir dengan sokongan lumbar, papar pandu (HUD) dan pintu dengan fungsi tutup lembut (soft-close).


CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_43.JPG

CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_39.JPGCariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_41.JPG


Kelengkapan lain ialah penutup tingkap (sunshade) pintu belakang, navigasi Audi Connect, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, sistem audio 3D Bang & Olufsen dan banyak lagi. 


Model kali ini, hadir dengan teknologi yang membolehkan pemandua melihat keadaan sekeliling secara 3D melalui skrin tengah yang berukuran 10.1 inci. Skrin ini dikuasakan oleh infotainmen modular Volkswagen generasi ketiga (MIB 3). Di bawahnya terdapat skrin lebih kecil berukuran 8.6 inci untuk mengawal pendingin hawa. 


CariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_22.JPGCariCarz_SN_Audi-Q7-CKD-MAS-2025_19.JPG


Dari aspek keselamatan pula, pelbagai ciri bantuan pemandu (ADAS) disertakan seperti sistem brek kecemasan automatik (AEB), kawalan kelajuan adaptif (ACC) dengan fungsi henti-dan-gerak, bantuan kekal lorong (LKAS), pemantau titik buta (BSM) dan lain-lain.


Pemasangan Audi Q7 di Pekan, Pahang membolehkannya ditawarkan pada harga yang kompetitif bermula daripada RM459,990. 

image.png

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8449

SELANGOR

BSU9450

JOHOR

JH2148J

PULAU PINANG

PSH3253

PERAK

APM8257

PAHANG

CFJ3750

KEDAH

KGJ7617

NEGERI SEMBILAN

NEM5487

KOTA KINABALU

SJV1193

KUCHING

QAB9740P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto

24-04-2025
Kereta Baru

10-04-2025
Berita Auto

09-04-2025
Kereta Baru

14-03-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Berita Auto

15-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.