MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Secara Sukarela di pameran automatif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025, yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Selaras dengan matlamat Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), pelancaran ini menjadi langkah penting dalam membawa Malaysia ke arah mobiliti pintar yang mesra alam, sambil memperlihatkan peranan aktif negara di peringkat serantau. Dalam majlis yang sama, MARii turut menyampaikan hadiah kepada pemenang NxGV Challenge 2025.
Apa Itu Skim Pelabelan NxGV?

Skim ini menyediakan rangka kerja yang jelas dan telus bagi menilai kenderaan berdasarkan lima kriteria utama iaitu:
- Kecekapan tenaga
- Pelepasan karbon
- Keselamatan
- Ketersambungan
- Ciri-ciri pemanduan pintar
Menurut CEO MARii, Azrul Reza Aziz, pelabelan NxGV adalah satu isyarat strategik yang mencerminkan komitmen Malaysia terhadap inovasi, kelestarian dan kepimpinan dalam ASEAN.
“Ia bukan sekadar penanda aras nasional, malah berpotensi menjadi model serantau untuk menyelaraskan piawaian dan menyokong pembangunan kenderaan elektrik (EV) rentas sempadan,” tambahnya.
Baca: MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan
Pelabelan Bantu Guna Kuasa Pengguna dan Galak Inovasi
Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hanafi Sakri, menegaskan bahawa pelabelan NxGV membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan maklumat yang lengkap serta menggalakkan pengeluar tempatan memenuhi piawaian global.
“Langkah ini akan mendorong industri kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa dan meletakkan Malaysia serta ASEAN sebagai pusat mobiliti berteknologi tinggi dan mampan,” katanya.
Daripada EEV kepada NxGV: Evolusi Label Automotif Malaysia
Sebelum ini, MARii telah memperkenalkan pelabelan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada 2014, yang menyaksikan lebih 90% kenderaan buatan Malaysia kini diperakui EEV.
Kini, dengan teknologi yang semakin maju, fokus pelabelan beralih kepada kenderaan pintar, terhubung dan elektrik, sekali gus menyokong matlamat Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.
NxGV Challenge 2025: Cungkil Bakat Muda Automotif Negara


Turut berlangsung ialah Majlis Penyampaian Hadiah NxGV Challenge 2025, pertandingan rekaan dan pembinaan kereta elektrik gaya Formula oleh pelajar universiti dan politeknik. Ia dianjurkan oleh MARii bersama SAE Malaysia dengan sokongan Perodua.
Setiap pasukan dikehendaki menghantar kertas kajian teknikal, memperkukuh pengetahuan tempatan dalam teknologi EV, “Mereka bukan sekadar membina kereta, tetapi juga mencorak masa depan mobiliti,” ujar Pengerusi SAE Malaysia, Ts. Zulhaidi Jawi.
Bina Jambatan Ilmu dan Industri




Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, menyifatkan program ini sebagai langkah penting dalam menyelaraskan pendidikan tinggi dengan kehendak industri automotif masa depan.
“Perodua komited untuk memastikan agar bakat tempatan bersedia untuk berdepan dengan era EV. Ini adalah sebahagian daripada pembangunan ekosistem automotif nasional,” katanya.

Pertandingan ini dijuarai oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, diikuti oleh Politeknik Kota Bharu dan tempat ketiga, Politeknik Sultan Azlan Shah.
-full_normal.jpg)
Sumber Imej: Perodua & MAS 2025
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5825
SELANGOR
BSV1479
JOHOR
JH4675J
PULAU PINANG
PSH4272
PERAK
APM9807
PAHANG
CFJ4176
KEDAH
KGJ8372
NEGERI SEMBILAN
NEM5997
KOTA KINABALU
SJV2037
KUCHING
QAB302Q
Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang.
18-11-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
Vendor Automotif Malaysia Kunjungi Kilang Chery Di China – Inisiatif MIDA Jadikan Negara Hab Automotif
Chery Corporate Malaysia Sdn. Bhd., bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA), telah menganjurkan Chery Premier Supply Chain Programme dari 2 hingga 5 Disember yang lalu.
10-12-2024
Pusat Ujian EV Pertama Malaysia, CoEFI, Sedang Dibangunkan, Negara Bakal Jadi Hab Inovasi
Malaysia kini dalam usaha menjadi hab inovasi kenderaan elektrik (EV) serantau melalui pembangunan Pusat Kecemerlangan untuk Industri Masa Depan (CoEFI).
08-11-2024
Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang.
18-11-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia
Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.
15-05-2023
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung proses homologasi
Majlis itu diadakan di Sepang.
31-03-2021
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge