MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar

Central Auto Distributors Berhad (CADB) yang juga anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mengesahkan pihaknya akan melancarkan dua lagi model kenderaan elektrik (EV) tahun ini.
Pengarah Urusan CADB, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, dua model baharu tersebut adalah jenis sedan serta kenderaan ultiliti sukan (SUV) di bawah jenama Dongfeng Cars Malaysia.
"Kedua-dua model ini akan dilancarkan pada suku ketiga dan keempat pada tahun ini. Ia bagi merancakkan lagi segmen EV di negara ini.

“Model-model ini disasarkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap reka bentuk moden, prestasi dan teknologi mesra alam,”katanya dalam satu kenyataan.
Mohamed Nazari berkata, langkah memperkenalkan dua model baharu itu susulan kejayaan terhadap model Dongfeng Box yang mendapat permintaan yang menggalakkan di negara ini.
Dalam pada itu, sempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang sehingga 15 Mei ini, pihaknya turut memperkenalkan pengenalan eksklusif edisi baharu berwarna Silver untuk tahun 2025


Varian ini dibangunkan berdasarkan BOX E3, dilengkapi dengan bateri 42.3 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 430 km (CLTC).
Motor elektrik 70 kW (94 hp) memberikan tork 160 Nm dan dilengkapi ciri-ciri canggih seperti Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (ADAS), skrin infotainmen 12.8”, pengecas tanpa wayar, dan sistem parkir automatik.
Tambah beliau, sempena MAS 2025 juga, pihaknya turut mengadakan kempen eksklusif ‘EV Pertamaku’, iaitu promosi istimewa stok terhad untuk model tahun lalu.
“Pelarasan harga varian E3 untuk tahun 2024 dan 2025 daripada RM115,000 diturunkan kepada harga RM100,000," ujarnya.
Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi Booth Dewan: A102 di Malaysia Autoshow 2025m(MAS 2025) untuk merasai sendiri Dongfeng BOX.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas
PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.
09-07-2025
23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar
CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
28-09-2024
Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?
Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?
04-08-2024
Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV
CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.
25-06-2024
PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi
PEKEMA menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.
19-06-2024
MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF
MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
26-11-2023
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge