ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-20250508-WA0182.jpg


Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini. Walaupun pelancaran rasminya dijangka berlangsung pada suku ketiga tahun ini, Zeekr Malaysia sudah pun membuka pendaftaran minat (ROI) sepanjang tempoh pameran.


Saingan Kepada Model Y, Xpeng G6 dan Sealion 7


IMG-20250508-WA0180.jpgIMG-20250508-WA0186.jpg


Dibangunkan sebagai SUV elektrik segmen pertengahan, Zeekr 7X berukuran 4,825 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,666 mm tinggi, dengan jarak roda 2,925 mm. Ini meletakkannya sebaris dengan model seperti Tesla Model Y, BYD Sealion 7 dan Xpeng G6 dari segi saiz.


Pilihan Trenkuasa Zeekr 7X


Zeekr 7X akan ditawarkan dalam dua konfigurasi kuasa iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD). Versi RWD boleh menghamburkan kuasa mencecah 416 hp dan 440 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j hanya 6 saat, manakala versi AWD pula menjanjikan prestasi lebih tinggi dengan hamburan kuasa 630 hp dan 710 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j sepantas 3.8 saat sahaja. 


Tiga jenis bateri ditawarkan iaitu RWD Standard menggunakan bateri LFP “Golden Brick”, 75 kWj dengan jarak sehingga 480 km, RWD Long Range dan AWD Performance menggunakan bateri NMC CATL-Geely Qilin 100 kWj, menawarkan jarak 615 km (RWD) dan 543 km (AWD). Kesemua jarak EV yang dinyatakan adalah berdasarkan standard WLTP.


Semua varian disokong oleh sistem pengecasan ultra pantas 800V yang mana bateri Golden Brick boleh dicas dari 10% ke 80% dalam 10.5 minit, bateri 100 kWj pula mengambil masa sekitar 15 minit. Model ini turut menyokong pengecasan AC sehingga 22kW.


Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuk sistem suspensi udara adaptif untuk pemanduan lancar di pelbagai permukaan jalan.


Jaminan Keselesaan Tahap Tertinggi


IMG-20250508-WA0195.jpgIMG-20250508-WA0205.jpgIMG-20250508-WA0202.jpg


Dibangunkan berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) milik Geely, Zeekr 7X menjanjikan keselesaan first class dengan pengendalian lebih mantap, ruang kabin lebih luas dan tahap bunyi, getaran, kekasaran (NVH) yang rendah.


Tiga Varian untuk Pasaran Malaysia, Dari RM182,000


WhatsApp-Image-2025-05-08-at-10.02.44_61ee7081.jpg


Berikut adalah harga tentatif yang diumumkan Zeekr Malaysia khas untuk 500 pelanggan terawal:

  • RWD Standard – RM182,000
  • RWD Long Range – RM195,000
  • AWD Performance – RM230,000

Daftar Minat di Malaysia Autoshow 2025


Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Zeekr 7X di Malaysia selepas sambutan positif yang diterima di Singapura dan Thailand. SUV ini menetapkan standard terkini dari segi reka bentuk, teknologi dan keselesaan.”


Peluang kini dibuka kepada rakyat Malaysia menjadi antara yang terawal memiliki Zeekr 7X. Kunjungi tapak pameran Zeekr di Malaysia Autoshow 2025 dan daftar minat hari ini. Zeekr turut mempamerkan model-model lain seperti X dan 009.

.

Baca: Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

Baca: MAS 2025: Zeekr 009 Executive, Tempahan Dibuka, Hanya Berharga RM310K Untuk 500 Pembeli Pertama

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF5658

SELANGOR

BSR5062

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6757

PERAK

APJ7309

PAHANG

CFH1267

KEDAH

KGG9522

NEGERI SEMBILAN

NEK8723

KOTA KINABALU

SJS9761

KUCHING

QAB1761P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

23-06-2026
Berita Auto

09-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto

06-02-2026
EV

02-02-2026
Berita Auto

22-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.