Melampau! Semakin Ramai Pemandu Kenderaan Berat Guna Lorong Kanan

Pemandu kenderaan berat dilihat semakin melampau memandangkan golongan ini dikesan memandu lorong paling kanan sehingga mengundang kemalangan.
Perkara itu didedahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya mendapati kadar kesalahan membabitkan kenderaan berat terbabit yang memandu secara berterusan di lorong paling kanan ditahap yang membimbangkan.

"Berdasarkan rekod, sepanjang tahun lalu, sebanyak 800 kes kesalahan membabitkan KPB (534 kes) dan KPA (264 kes) yang telah diambil tindakan.
"Sehingga April lalu, sebanyak 220 kes iaitu KPB sebanyak 111 dan KPA sebanyak 96 kes yang kita telah ambil tindakan.
"Berdasarkan kes ini, ia amat membimbangkan, justeru mulai hari ini, JPJ akan tingkatkan lagi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memfokuskan kepada kenderaan perdagangan yang memandu secara berterusan di lorong paling kanan," katanya.
Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, apabila kenderaan berat terbabit berada di lorong paling kanan menunjukkan kenderaan itu dipandu laju melebihi daripada had laju ditetapkan iaitu 80/90 kilometer (km) perjam.
"Ada bukti menunjukkan mereka memandu melebihi 100km perjam, jadi kita nampak memang membimbangkan.
"Ini antara kesan kemalangan sering berlaku membabitkan kenderaan berat kerana dipandu laju di lorong paling kanan," katanya.


Sebagai makluman, pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam yang berada secara berterusan di lorong paling kanan boleh dikompaun maksima RM300.
"Jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam builan dan bagi sabitan kedua didenda RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
