ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CPO_CONDO_CHARGING_1.png


Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO), ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go, bagi memperluas kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kondominium dan pangsapuri seluruh Malaysia.


Tumpu Kemudahan Pengecasan untuk Pemilik EV di Kediaman Bertingkat


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, kerjasama ini bertujuan memudahkan pemilikan EV, terutama bagi penduduk di kediaman bertingkat yang berdepan cabaran untuk memasang pengecas di rumah.


CPO_SIGNING_GROUP.png


Dengan penglibatan CPO berpengalaman, PRO-NET berharap dapat menyediakan kemudahan pengecasan yang lebih mudah diakses, cekap dan menjimatkan untuk pemilik-pemilik Proton e.MAS dan EV smart di negara ini yang kian meningkat.


Kini Lebih 1,000 Titik Pengecasan di Kondominium


Melalui kerjasama ini, pemilik Proton e.MAS dan EV smart boleh mengecas kenderaan mereka di 320 lokasi kediaman bertingkat seluruh negara. Bila digabungkan dengan perjanjian terdahulu bersama EV Connection (EVC) pada Disember 2024, jumlah titik pengecasan di bangunan-bangunan bertingkat kini mencecah 1,053 lokasi.


Langkah ini selari dengan aspirasi Malaysia untuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik dan menyumbang kepada pencapaian liputan pengecasan awam sebanyak 90%, melengkapkan 2,500 titik pengecasan yang sudah tersedia.


ChargeSini Terajui Pemasangan


CPO_CONDO_CHARGING_2.png


Majlis menandatangani perjanjian berlangsung di Proton Centre of Excellence (COE), Subang Jaya. Berikut adalah sumbangan setiap operator:


  • ChargeSini: 204 lokasi, dengan lebih 1,010 titik aktif di seluruh negara.
  • Charge N Go: 93 lokasi.
  • Charge+: 18 lokasi sebagai sebahagian daripada usaha peluasan serantau.
  • RExharge: Sokongan pemasangan di 5 lokasi, dengan pengalaman lebih 1,000 projek kediaman.

Penjimatan Kos Pemilikan EV Lebih Ketara


Selain kemudahan, inisiatif ini juga menawarkan penjimatan kos sebenar kepada pengguna. Pengecasan di rumah lazimnya lebih murah berbanding pengecas awam, sekaligus menjadikan pemilikan EV lebih berbaloi buat jangka masa panjang.


Screenshot-2025-05-07-131522.jpg


Senarai harga pengecasan yang ditawarkan setiap operator


Promosi Istimewa Mulai Jun 2025


Bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2025, PRO-NET menawarkan kadar pengecasan eksklusif serendah RM0.75/kWj kepada pengguna aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart, bergantung kepada operator.


Kadar istimewa ini hanya boleh diakses melalui aplikasi tersebut, yang telah diintegrasi dengan sistem setiap CPO. Pengguna dijangka dapat menikmati penjimatan bulanan antara RM150 hingga RM200 berbanding kadar yang ditetapkan untuk pengecasan awam biasa.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM9244

SELANGOR

BST2973

JOHOR

JD2672J

PULAU PINANG

PSF1572

PERAK

APL675

PAHANG

CFH5633

KEDAH

KGH7542

NEGERI SEMBILAN

NEL6013

KOTA KINABALU

SJT7486

KUCHING

QAB4643P

Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar

KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.

23-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.