ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak paling sofistikated di Malaysia, telah menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

image.png

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, acara itu merupakan satu pengalaman yang luar biasa yang membolehkan pihaknya membawa keterujaan MINI ke tahap maksima buat para MINIacs dan peminat pemanduan melalui MINI JCW Track Day.

image.pngimage.png

"Dengan barisan lengkap model JCW baharu dipertontonkan di litar, dalam varian petrol dan elektrik, prinsip kami mengenai Keterbukaan Teknologi dan Kuasa Pilihan benar-benar direalisasikan, menggabungkan tenaga beroktan tinggi, pengendalian tepat ala go-kart, dan keterujaan pemanduan unggul terhadap kenderaan hebat yang menguasai setiap selekoh.

image.pngimage.png

"Memandu model JCW mengingatkan kita kepada ciri yang menjadikan pengalaman pemanduan MINI begitu unik iaitu tahap responsifnya, ketepatan dalam setiap selekoh, serta keserasian erat antara pemandu dan kenderaan," katanya.

MINI JCW Track Day 2025 juga dianjurkan bagi memberi penghormatan kepada legasi abadi John Cooper, tokoh berpandangan jauh yang berjaya mengangkat sebuah kereta kompak yang sederhana menjadi juara dalam arena sukan permotoran.

Barisan model terbaharu dalam rangkaian John Cooper Works merupakan lambang keunggulan dalam gaya sporty dan keunikan keperibadian, menampilkan tiga model baharu yang menggabungkan rekaan asli dengan perincian premium berasaskan prestasi.

Untuk makluman anda, acara ini juga akan dibuka kepada orang awam bermula dari 24 hingga 25 Mei ini di lokasi yang sama.

Acara ini sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman memandu beberapa model MINI JCW terbaharu dan yang penting merasai  prestasi, pemanduan, dan warisan sukan permotoran yang menjadi identiti John Cooper Works.

Bagi yang tidak tahu, MINI JCW Track Day 2025 sebenarnya  direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang cukup memukau.

image.png

Selain itu, terdapat pelbagai  model MINI JCW terkini termasuk JCW Electric yang baru dilancarkan dan versi enjin pembakaran tulennya, serta crossover JCW Aceman dan JCW Countryman.

Terdapat dua zon yang disediakan iaitu Zon Pemanduan MINI JCW sepanjang 3.4 kilometer. Ia  memberi peluang kepada para peserta untuk menguji keupayaan setiap model pada tahap maksimum, termasuk pecutan berkelajuan tinggi dan pengendalian tepat di selekoh.

Sementara itu, Zon Litar e MINI JCW menawarkan susun atur yang lebih teknikal yang mencabar pemandu dengan ujian daya tarikan, kawalan dan brek di bawah beban tinggi.

Susun atur ini diilhamkan daripada litar lagenda Kartdromo Parma di Itali—sebuah litar bersejarah yang pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia dan Eropah Karting, serta medan latihan untuk legenda Formula 1.

Terdapat juga ,pameran interaktif yang menampilkan bukan sahaja barisan lengkap MINI JCW, tetapi juga pilihan model MINI terkini, termasuk MINI Cooper SE Electric, MINI Cooper 5-Door, MINI Convertible baharu, serta MINI Aceman.

image.png

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pengalaman gaya hidup yang mengasyikkan seperti karaoke dalam kereta, MINI AI Photo Booth, dan banyak lagi.

Sempena MINI JCW Track Day 2025, MINI Malaysia menawarkan promosi eksklusif sehingga 30 Jun 2025, termasuk sehingga 10 tahun servis percuma untuk kenderaan MINI terpilih, serta subsidi insurans motor komprehensif sehingga RM3,000.

Bagi pelanggan yang membeli MINI Aceman SE dan MINI Countryman SE, mereka akan menikmati lanjutan jaminan MINI selama 4 tahun secara percuma untuk kenderaan mereka, memastikan kebolehpercayaan jangka panjang.

Dalam promosi terhad ini, pakej servis percuma selama 10 tahun akan diberikan kepada kedua-dua model tersebut. Pelanggan yang memilih kedua-dua model elektrik juga akan menerima MINI Wallbox secara percuma, dan pelanggan yang layak akan menerima rebat jualan korporat menarik sehingga 8%.

Bagi yang berminat dengan acara MINI John Cooper Works Track Day 2025 , KLIK!




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3656

SELANGOR

BSU4659

JOHOR

JF8906J

PULAU PINANG

PSG4937

PERAK

APM3216

PAHANG

CFJ1468

KEDAH

KGJ4890

NEGERI SEMBILAN

NEM3136

KOTA KINABALU

SJU5908

KUCHING

QAB7654P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

19-01-2024
Global

17-04-2023
EV

06-04-2023
Berita Auto

10-01-2023
EV

30-11-2022
Berita Auto

Service Fast Lane Pertama BMW & MINI Diperkenalkan di Malaysia: Ada Lounge Cun!

Auto Bavaria memperkenalkan pusat Service Fast Lane khas bagi kereta BMW & MINI yang pertama di Malaysia.

28-04-2021
Berita Auto

08-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.