SPYSHOT: 2 Imej smart #5 Didedahkan, Nampaknya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Biarpun, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk membuka tirainya, muncul pula gambar-gambar teaser smart #5 yang dihantar kepada kami semalam.
Ini bermakna, model ini sudah bersiap sedia untuk memasuki pasaran Malaysia, tidak lama lagi. Ini kerana berdasarkan dua imej yang disiarkan di Facebook smart Malaysia tertera logo smart dan smart#5 serta kapsyen: "Bold New Adventures are just ahead. The spirit of discovery is calling — are you ready?

Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang didedahkan.

Nampaknya, model baharu ini bakal melonjakkan lagi nama jenama smart memandangkan jenama Proton e.MAS sudah pun berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi tajuk utama.
Jenama yang didedahkan pada Ogos tahun lalu ini dikendalikan oleh Geely dan dimiliki bersama' oleh pengasas asalnya, Mercedes-Benz. smart #5 ini juga adalah antara model paling besar jenama itu berbanding dengan smart #1 dan #3.
Bagi model baharu ini, ia tampil dengan daya tarikan yang lebih lasak dengan keupayaan pemanduan off-road yang boleh dibanggakan.
Ia yang dibangunkan berdasarkan platform Geely PMA2+, ditawarkan dengan empat pilihan rangkaian kuasa di China.
Yang paling berkuasa sudah tentunya varian tertinggi Brabus, yang menggunakan sistem motor berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 646 PS sekali gus membolehkan ia mampu memecut ari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.
Untuk pek bateri pula, terdapat dua pilihan kapasiti iaitu 76 kWh dan 100 kWh, di mana bateri berkapasiti 76 kWh menggunakan teknologi LFP manakala yang kedua menggunakan nickel manganese cobalt (nmc).
Dengan platform PMA2+ yang beroperasi bersama susun atur elektrikal 800V, membolehkan ia menerima pengecasan pantas DC sehingga 4C.

Selain itu, apa yang yang kita boleh jangkakan pada model ini, ia berkemungkinan besar akan hadir dengan skrin sesentuh infotainmen AMOLED berkembar 13-inci, panel instrumen digital 10.3-inci, sistem audio baharu dengan 20 pembesar suara oleh Sennheiser, head-up display dengan ciri augmented reality dan banyak lagi.
Apapun, model ini yang akan ditayangkan pada MAS 2025 nanti membuatkan kami berani bet bahawa PRO-NET bakal melancarkan smart #5 secara rasmi di Malaysia sama ada pada suku ketiga atau suku keempat pada tahun ini.

Andaian ini kelihatan berasas memandangkan pengecualian cukai import untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU) dijadualkan tamat pada 31 Disember 2025.
Jadi, kami berpendapat PRO-NET mungkin akan mempercepatkan pelancaran lebih awal iaitu pada suku ketiga. Kami juga tidak menolak kemungkinan bahawa model #5, #1 dan #3, akan dipasang secara tempatan pada tahun ini.

Teruskan bersama Carz.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #5 pada pameran MAS 2025 yang akan berlangsung dari 9 Mei - 15 Mei 2025 di Maeps, Serdang, Selangor.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800
smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
14-11-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit
smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.
10-05-2025
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5
smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.
08-05-2025
2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak
Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.
14-02-2025
smart Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Acara smartAWAY Gathering Bersama Pelanggan
smart Malaysia telah menyambut kejayaan ulang tahun pertamanya dengan acara istimewa bersama pelanggan, smartAWAY Gathering pada 14 Disember 2024 lalu.
20-12-2024
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat