Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah
Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran Eropah
Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025 hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia. Walaupun sedikit lewat, versi untuk pasaran Eropah ini hadir dengan beberapa sentuhan eksklusif yang membezakannya daripada model yang dipasarkan di rantau kita.
Rekaan Lebih 'Futuristik'
Beberapa ciri pada model Eropah tampil berbeza dengan pasaran ASEAN. Sudut yang diberikan sentuhan baharu ialah lampu hadapan, lampu belakang, kemasan belakang dan sebagainya.
Walaupun masih mengekalkan gril berbentuk sarang lebah dengan warna yang sepadan dengan badannya seperti versi ASEAN, versi Eropah tampil berbeza dengan penambahan jalur LED bercahaya yang menghubungkan lampu depan, menyerlahkan gaya yang lebih moden.
Di bahagian belakang, lampu direka semula dengan grafik berbentuk C. Tulisan “Corolla Cross” kini disematkan terus pada kemasan nombor plat, menambah elemen premium. Untuk varian 'High Grade', rim aloi 18 inci dalam rekabentuk jejari berbelah enam.
GR Sport Eropah: Lebih Rendah, Lebih Garang, Lebih Eksklusif
GR Sport
Menariknya, buat kali pertama Corolla Cross di Eropah menerima varian GR Sport, dan rekaan ini berbeza daripada versi ASEAN. Ia lebih menyerupai GR Corolla, dengan jarak kelegaan tanah 10 mm lebih rendah, rim 19 inci jejari Y, serta logo hitam berkilat.
Tambahan menarik termasuk pilihan warna eksklusif baharu iaitu Storm Grey, khas untuk GR Sport.
Baca: [PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu
Kabin Lebih Canggih, Konsol Tengah Diperluas
Varian GR Sport (kanan) tampil lebih sporty dengan jahitan benang merah yang kontra di dalam kabin.
Toyota melakukan peningkatan ketara dalam kabin, antaranya konsol tengah baharu lebih lebar, pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C, kotak gelongsor kecil untuk simpanan barang serta pemegang cawan dalam rekaan baharu.
Sistem infotainmen turut dipertingkat, dengan skrin sentuh yang memiliki kelajuan operasi 1.5 kali ganda lebih baik, serta sokongan Apple CarPlay serta Android Auto secara terus.
Kabin GR Sport
Bagi varian GR Sport, kabinnya tampil lebih garang dan sporty dengan jahitan benang merah, logo GR pada tempat duduk serta pedal penukar gear GR.
Dua Enjin Hibrid, Kuasa Cecah 194 HP
Eksklusif untuk pasaran Eropah ialah reka bentuk rim yang digunakan. GR Sport tampil menyerlah dengan rim berukuran 19 inci jejari Y.
Untuk Eropah, Corolla Cross ditawarkan dengan dua pilihan enjin hibrid petrol iaitu 1.8 liter dengan kuasa 138 hp (140 ps) dan enjin 2.0 liter dengan kuasa mencecah 194 hp (197 ps).
Varian 2.0L turut hadir dengan sistem pacuan semua roda pintar (i-AWD) hasil gabungan motor elektrik belakang berkuasa 41 hp (42 ps). Satu ciri menarik bagi varian i-AWD ini ialah mod Snow Extra yang meningkatkan kestabilan di permukaan licin.
Varian standard (kiri) hanya didatangkan dengan mod Snow Extra, manakala GR Sport (kanan) diberikan tambahan mod Sport.
Untuk varian GR Sport, ia dilengkapi dengan mod Sport khas yang apabila diaktifkan enjin akan ‘hidup’ pada tahap lebih tinggi walaupun kereta tidak bergerak, menjadikan jentera responsif apabila pedal minyak ditekan.
Jengah ke ruangan foto di bawah untuk melihat dengan lebih terperinci setiap sudut model ini…
Baca: Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ1963
SELANGOR
BSF9041
JOHOR
JYC4792
PULAU PINANG
PRS1041
PERAK
ANX3059
PAHANG
CFC4131
KEDAH
KGB2291
NEGERI SEMBILAN
NEG3787
KOTA KINABALU
SJL5401
KUCHING
QAB6174L
Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas
Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.
13-12-2024
Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran tempatan. Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM133,800.
04-12-2024
Teaser Toyota Corolla Cross Facelift Didedahkan – Lancar Disember Ini, Anggaran Dari RM140K
UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift di pasaran tempatan, seperti yang didedahkan melalui teaser di laman web rasminya.
18-11-2024
[PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu
Ulasan jujur CariCarz mengenai Toyota Corolla Cross GR Sport 2023.
03-07-2023
Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota
Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.
06-01-2023
Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu
UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia
15-02-2022
Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Harga RM136,550
UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dengan harga RM136,550.
14-01-2022
Toyota Corolla Cross Lancarkan Varian Hibrid – Ini Yang Patut Anda Tahu!
UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan barisan kereta berteknologi hibrid yang pertama mereka.
03-11-2021
Berita Terkini
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.
01-07-2025
Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya
Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.
27-06-2025
Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60
Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.
26-06-2025
Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...
Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.
25-06-2025
Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah
Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi MHEV turbodiesel.
25-06-2025
Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?
Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.
24-06-2025
Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...
Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi melancarkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50.
23-06-2025
Spesifikasi Hyundai Elexio Bocor – Capai 700 KM Sekali Cas
Hyundai bakal memperkenalkan SUV elektrik terbarunya, Elexio, di pasaran China tidak lama lagi.
23-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat