ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota RAV4 2026 Didedahkan – PHEV, 3 Varian Termasuk GR Sport

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Toyota akhirnya memperkenalkan Toyota RAV4 generasi keenam (RAV4 2026) dengan rekaan lebih berani serta penambahan teknologi elektrifikasi terkini.


Versi terbaru SUV kompak ini masih lagi kekal menggunakan platform TNGA-K seperti generasi sebelumnya, begitu juga dengan dimensi keseluruhan jentera. 


web_press_Toyota-RAV4-launch_-7.jpg019_RAV4_Core_prototype.jpg013_RAV4_Core_prototype.jpg


Toyota RAV4 Core


Dari segi rekaan, antara yang berbeza adalah termasuk rekaan lampu depan dan belakangnya dengan bentuk hammerhead terbaru seperti yang  terdapat pada model Prius dan SUV elektrik C-HR terbaru. Selain itu, lengkungan roda juga kini makin tebal memberikannya gaya lebih ranggi.


Tiga Varian RAV4 2026: Core, Adventure & GR Sport


035_RAV4_Adventure_prototype.jpg041_RAV4_Adventure_prototype.jpgweb_press_Toyota-RAV4-launch_-10.jpg


Toyota RAV4 Adventure


Model ini ditawarkan dalam tiga varian dengan kemasan yang bersesuaian dengan penggunaan seperti Core untuk kegunaan di bandar, Adventure untuk kegunaan yang lebih lasak, dan akhir sekali ialah GR Sport, untuk mereka yang mahukan sebuah jentera yang lebih agresif.  


RAV4 GR Sport 


web_press_Toyota-RAV4-launch_-14.jpg
056_RAV4_GRS_prototype.jpg060_RAV4_GRS_prototype.jpg


Toyota RAV4 GR Sport 


Varian GR Sport hadir dengan kit aero khas yang termasuk spoiler menjanjikan prestasi aerodinamik dan kestabilan pengendalian yang lebih baik. Selain itu, varian ini turut dipasangkan dengan gril Matrix bercorak heksagon serta rim eksklusif bersaiz 20 inci.


Tidak terhenti di situ, Toyota turut memberikan talaan casis lebih mantap termasuk peredam jenis sporty yang berprestasi tinggi, trek yang 20 mm lebih lebar, penyokong belakang yang diperkuat dan sistem stereng yang telah ditala semula.


Sistem Hibrid Plug-In RAV4 2026


070_RAV4_GRS_prototype.jpg


Paling menarik, Toyota akan memperkenalkan sistem hibrid plug-in (PHEV) generasi kelima secara global untuk RAV4 kali ini. Ia menggabungkan enjin petrol 2.5L dengan motor elektrik dan pek bateri 22.7 kWj, menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 100 km.


Pilihan pacuan dua roda (FWD) dan semua roda (AWD) turut disediakan. Versi FWD menawarkan sekitar 270 hp, manakala AWD sehingga 304 hp.


Toyota juga dijangka akan terus menawarkan RAV4 dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) serta sistem hibrid biasa (HEV), bergantung kepada pasaran.


Kabin RAV4 2026


022_RAV4_Core_prototype.jpg044_RAV4_Adventure_prototype.jpg064_RAV4_GRS_prototype.jpg


Toyota RAV4 serba baharu dilengkapi skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 12.9 inci, yang juga merupakan model pertama menggunakan sistem operasi baharu Toyota, Arene. Sama seperti Android oleh Google atau iOS oleh Apple, Arene dibina sebagai platform standard yang akan digunakan dalam semua model Toyota di masa hadapan.


Menurut Toyota, kelebihan utama sistem ini ialah kemampuannya untuk membolehkan pembangunan ciri-ciri terkini dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.  Tambah Toyota lagi, sistem ini juga menyokong pembangunan fungsi keselamatan dan hiburan yang lebih canggih. 


Menariknya, semua penambahbaikan ini boleh dinikmati melalui kemas kini perisian secara dalam talian (over-the-air, OTA). 


Dilancarkan Tahun Ini


026_RAV4_Core_prototype.jpg069_RAV4_GRS_prototype.jpg048_RAV4_Adventure_prototype.jpg


Toyota masih belum mendedahkan harga rasmi untuk RAV4 2026. Namun, penghantaran dijangka bermula di Jepun dalam tahun ini, diikuti pasaran utama seperti Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

001_RAV4_prototypes.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

21-05-2025
Global

10-03-2025
Global
Global

21-05-2025
Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.