Lagi Letupan Di Kilang Alat Ganti Toyota: Pengeluaran Toyota RAV4, Harrier Dihentikan!

Gara-gara seorang maut manakala dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang alat Ganti Toyota di Jepun, pada minggu lepas menyebabkan pengeluar automotif tersebut menghentikan pengeluaran dua model SUV crossover terlarisnya – RAV4 dan Harrier.
Letupan itu berlaku di kilang Chuo Spring Co. yang terletak di Wilayah Aichi, berhampiran hab utama pengeluaran Toyota, pada 6 Mac lalu.

Selain operasi kilang terjejas kejadian itu turut menjejaskan rantaian bekalan domestik yang menyokong pengeluaran kedua-dua model tersebut.
Ini bukan kejadian pertama kerana kejadian letupan d kilang terbabit pernah berlaku pada pada Oktober 2023, yang menyebabkan beberapa pekerjanya tercedera.
Susulan itu, Toyota menghentikan 13 barisan pengeluaran modelnya di lapan kilang ketika itu.
Toyota merupakan pemegang saham terbesar Chuo Spring, dengan pegangan sekitar 24%.


Susulan letupan maut terbaru ini, Toyota telah menggantung operasi satu barisan pengeluaran di kilang Takaoka di Wilayah Aichi, yang menghasilkan model RAV4 dan Harrier.
Selain itu, pengeluar automotif ini turut menghentikan dua barisan pengeluaran di kilang Toyota Industries Nagakusa di Obu, Aichi, yang menghasilkan model RAV4.
"Mengenai kesan terhadap jumlah pengeluaran, kami sedang mempertimbangkan pengeluaran pemulihan, jadi kami tidak dapat memberikan gambaran jelas mengenai kesannya," kata jurucakap Toyota.
Penghentian pengeluaran ini berkemungkinan menjejaskan pengeluaran dan jualan model Toyota RAV4 dan Harrier.

Harrier dijual secara rasmi di Malaysia melalui UMW Toyota Motor pada harga RM274,000.
Setakat ini, masih belum diputuskan bila barisan pengeluaran akan disambung semula, namun laporan dari Jepun menunjukkan bahawa keputusan dijangka dibuat dalam minggu ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

