Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit
![]()
Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran di seluruh dunia. Ini susulan tekanan ekonomi yang semakin meningkat serta persekitaran pasaran automotif yang kian mencabar.
Sweden Jadi Sasaran
![]()
Langkah ini dijangka memberi kesan kepada sekitar 15% tenaga kerja pejabat Volvo, dengan sebahagian besar jawatan yang terlibat terletak di Sweden. Untuk makluman pembaca, Volvo kini dimiliki oleh syarikat automotif dari China, Geely.
Ketua Pegawai Eksekutif Volvo, Håkan Samuelsson, menjelaskan bahawa keputusan ini bukan mudah, tetapi perlu dibuat untuk memastikan kelangsungan daya saing syarikat.
“Industri automotif kini melalui fasa sukar. Kami perlu kurangkan kos struktur agar dapat menyesuaikan diri dengan cabaran ini,” katanya.
Punca Langkah Terdesak Ini Diambil

Pada bulan April, Volvo mendedahkan prestasi suku pertama yang lemah dan menyatakan rancangan untuk menjimatkan sekitar SEK18 bilion (RM8 bilion).
Bagaimanapun, penjimatan ini akan melibatkan kos jangka pendek sebanyak SEK1.5 bilion (RM600 juta) yang akan direkodkan dalam suku kedua sebagai sebahagian daripada kos penstrukturan semula (termasuk pampasan).
Fokus Kembali Kepada Hibrid Plug-In

Volvo sebelum ini dikenali sebagai antara peneraju dalam peralihan kepada kenderaan elektrik (EV). Namun, kos bahan penghasilan bateri yang tinggi telah menjejaskan keuntungan syarikat.
Kini, strategi baharu menunjukkan Volvo mengurangkan fokus kepada EV dan beralih kembali kepada model hibrid plug-in. Dalam suku pertama 2025, hanya 19% daripada jualan Volvo datang daripada EV, berbanding 21% pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketidaktentuan Global Terus Jejas Perancangan
Samuelsson, yang kembali memegang jawatan CEO selepas pengunduran mengejut Jim Rowan pada April, turut menyatakan bahawa anggaran kewangan jangka pendek sukar ditentukan buat masa ini, lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan tarif baharu dari Amerika Syarikat.
Baca: Dilancar: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan
Baca: Volvo Cars Tubuhkan Kilang Ketiga Di Eropah, Khas Untuk EV
Sumber: MalayMail
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat