Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.


BMW 320i Sport dijual pada harga RM290,000 manakala BMW 330i Sport pula RM313,800. Untuk makluman, BMW 330i M Sport dan BMW 320i Sport kini ditambah ke dalam rangkaian.
Bermula dengan reka bentuk luaran yang menyumbang kepada kejayaan model ini, BMW 330i M Sport mengekalkan imej atletiknya menerusi elemen rekaan M Sport yang garang serta profil aerodinamik yang bergaya.
Sementara itu, BMW 320i Sport tampil dengan gaya lebih elegan.


Gril ‘ginjal’ pada BMW 330i M Sport diwarnai hitam pekat bagi menyerlahkan lagi penampilan sportynya, manakala gril BMW 320i Sport menampilkan warna Pearl Chrome yang dipadankan dengan aluminium satin pada bahagian luaran.
Kedua-dua model dilengkapi lampu hadapan LED bersama pembantu lampu tinggi. Ciri pencahayaan ambien turut disertakan bagi menerangi kawasan sekitar pintu – dibangunkan khas untuk BMW 3 Series baharu.

Pembukaan automatik pintu but belakang turut disediakan sebagai ciri standard demi kemudahan pengguna.
BMW 330i M Sport Baharu hadir dengan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dalam gaya jejari berkembar 996 M Bicolour, dipadankan bersama tayar jenis run-flat.
Sementara itu, BMW 320i Sport menggunakan rim aloi ringan 18 inci gaya V-spoke 780 Bicolour, juga dilengkapi tayar run-flat.
Eksklusif untuk BMW 330i M Sport ialah pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M, serta M High- Gloss Shadowline dengan elemen lanjutan; manakala BMW 320i Sport Baharu menampilkan garis luaran aluminium satin.
Menjengah ruang dalaman kedua-dua model, mereka menampilkan kabin moden dengan fokus utama terhadap rekaan yang kemas dan selesa.
Panel instrumen baharu yang lebih langsing telah diintegrasikan dengan lubang udara tirus yang menonjolkan seni bina dalaman kontemporari. Butang kawalan bergalvani yang moden memberikan kawalan yang intuitif, terutamanya untuk sistem pengudaraan.
Tarikan utama dalam kabin ialah BMW Curved Display yang mengintegrasikan kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan kawalan pusat bersaiz 14.9 inci.
Ia dikuasakan oleh BMW Operating System 8.5 dengan fungsi QuickSelect yang membolehkan akses pantas kepada fungsi utama seperti navigasi, hiburan, dan tetapan kereta. BMW Live Cockpit Professional juga ditawarkan sebagai ciri standard, lengkap dengan BMW Head-Up Display berwarna penuh dan navigasi Augmented View bagi meningkatkan keselamatan sewaktu pemanduan.
BMW 330i M Sport Baharu dilengkapi stereng sukan variable sports untuk ketepatan dan tindak balas pemanduan yang lebih baik – hasil daripada kejuruteraan M Sport.


BMW 320i Sport Baharu pula tersedia dengan stereng sukan yang serasi dengan reka bentuk dalamannya yang sofistikated. Kedua-dua model menawarkan sistem akses yang selesa, pakej cermin dalam dan luar, cermin pandang belakang dalaman dengan sistem anti-silau automatik.
Antara kelengkapan lain ialah,sistem lipatan kerusi ‘through-loading’, sports seat untuk pemandu dan penumpang hadapan, pakej ruang storan, pencahayaan ambien, dan sistem penyaman udara automatik. Secara eksklusif, BMW 330i M Sport menampilkan trim dalaman Aluminium Rhombicle Anthracite M, panel instrumen mewah, butang kawalan bergalvani, sistem pembesar suara HiFi, stereng kulit M dan pelapik bumbung M anthracite berwarna gelap.


Sementara itu, BMW 320i Sport tampil unik dengan kemasan dalaman Dark Graphite matt dan stereng sports. BMW 330i M Sport Baharu dikuasakan oleh enjin BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat silinder yang menghasilkan kuasa 190 kW (258 hp) dan tork 400 Nm.


Digandingkan bersama transmisi automatik 8-speed Steptronic Sport dan sistem pacuan roda belakang, sedan ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 5.8 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.
Sementara itu, BMW 320i Sport menggunakan enjin yang sama tetapi ditala untuk menjana 135 kW (184 hp) dan tork 300 Nm, dengan pecutan 0 ke 100 km/j dalam masa 7.4 saat dan kelajuan tertinggi 235 km/j.

Dari segi sistem sokongan pemandu, kedua-dua model BMW 330i M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu dilengkapi Active Cruise Control bersama fungsi Stop&Go dan Driving Assistant yang merangkumi Lane Change Warning, Speed Limit Info, Rear Crossing Traffic Alert dengan intervensi brek, dan Exit Warning.


Malah, Bantun Parking Plus turut hadir sebagai ciri standard, dengan sistem berasaskan kamera dan ultrabunyi termasuk Park Assist, Reversing Assistant, Active Park Distance Control, Surround View System, Remote 3D View, BMW Drive Recorder, Anti-Theft Recorder serta rangkaian lengkap fungsi Parking Assistant.
BMW 330i M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti Alpine White, Black Sapphire dan Arctic Race Blue.


Eksklusif untuk setiap model, BMW 330i M Sport juga boleh didapati dalam warna M Brooklyn Grey, manakala BMW 320i Sport tersedia dalam Skyscraper Grey.
Untuk bahagian dalaman, kedua-dua model menggunakan upholsteri Sensatec yang berliang dan berwarna hitam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQQ1659
SELANGOR
BSN3367
JOHOR
JYT1498
PULAU PINANG
PSA4874
PERAK
APF9094
PAHANG
CFF7343
KEDAH
KGE7324
NEGERI SEMBILAN
NEJ7530
KOTA KINABALU
SJQ7590
KUCHING
QAB4013N
Terakhir Kemas Kini 14 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).
21-01-2025
BMW 3 Series dilancarkan dekat Malaysia, 320i, 330i dan 330e M Sport harga RM283,800 - RM317,800.
New 2023 Hyundai Palisade Review | A Fine Example Of Why Size Does Matter The New Facelifted Hyundai Palisade is now available in Malaysia. Four variants offered are both 2.2 Diesel and 3.8GDI Petrol in either 7-seater or 8-seater configuration. The 2023 Hyundai Palisade is priced from RM368,888 to
03-02-2023
Dua Varian BMW 3 Series Dilancar, Harga Pun Boleh Tahan!
BMW Malaysia melancarkan dua edisi terhad BMW 3 Series, BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport yang sarat dengan pelbagai tambahan baharu sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan bertaraf premium.
18-07-2022
Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!
BMW Group Malaysia, pengedar rasmi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia, telah melancarkan BMW 320i Sport terbaharu.
01-07-2021
Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!
BMW Group Malaysia, pengedar rasmi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia, telah melancarkan BMW 320i Sport terbaharu.
01-07-2021
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
Berita Terkini
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
