- Berita
- Kereta Baru
- Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri
Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri

Selepas Hyundai Motor Company (HMY) mengumumkan pihaknya kini berdiri dengan sendiri dan sudah tidak lagi bergantung kepada Sime Motors, Hyundai Motor Malaysia membuat penampilan pertamanya dengan media dengan mendedahkan tiga model terbaharunya, Hyundai Tucscon, Hyundai Santa Fe dan Hyundai Staria pada prantonton eksklusif untuk media di ibu negara, sebentar tadi.
Bagaimanpun, pihak Hyundai tidak membuat sebarang pengumuman harga mengenai ketiga-tiga model itu dan difahamkan harganya akan diumumkan pada 2 Julai nanti.

Apapun, bagi yang ingin mengetahui mengenai Hyundai Tucson, berikut adalah perinciannya:
Dari segi dimensi, Hyundai Tucson berukuran 4,640 mm (panjang), 1,865 mm (lebar), 1,665 mm (tinggi) manakala Jarak roda pula 2,755 mm.
Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril radiator, manakala logonya disepadukan di dalam cermin dan hadir dengan lampu Parametric Jewel.

Melihat kabinnya, Hyundai Tucson 2025 ini didatangkan dengan kawalan penyaman udara jenis sentuh 6.6” inci, tempat duduk hadir dengan material kulit (hanya untuk varian Prime, Prestige ICE & HEV) dan ada lampu LED Outboard Room.


Antara kelengkapan lain ialah skrin melengkung HD 12.3” inci, Shift By Wire (SBW) jenis Steering Column dengan Penukar Gear Paddle (hanya untuk varian Prestige ICE & HEV), pad pengecas pantas peranti tanpa wayar dan cermin electro-chromic.
Untuk makluman, Hyundai Tucson 2025 ini hadir dengan empat varian dengan tiga pilihan enjin.
Yang pertama adalah varian asas iaitu Style. Ia dilengkapi dengan enjin petrol MPi 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan 156 hp dan 192 NM. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan serta sistem pacuan roda hadapan (FWD).

Seterusnya ialah varian pertengahan Prime. Varian ini turut menggunakan enjin petrol turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter yang mampu menjana kuasa setakat 180 hp dan 265 Nm. Varian ini dilengkapi dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan serta sistem pacuan roda hadapan (FWD).
Akhir sekali adalah varian Prestige. Varian ini pula menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa. Pilihan pertama menggunakan enjin turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter yang sama seperti varian Prime, tetapi ditambah dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
Sementara itu, varian hibrid menggabungkan enjin turbo TGDi 4-silinder 1.6 liter tersebut dengan motor elektrik hibrid tambahan serta kotak gear automatik 6-kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan (FWD). Maka, ia mampu mencatatkan kuasa gabungan sebanyak 235 hp dan 367 Nm.



Datang pula dengan ciri keselamatannya, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg udara, Hyundai Smartsense, Bantuan ADAS, Amaran Penumpang Belakang (ROA) dan Bantuan Ikut Lorong(LFA).
Terdapat juga Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Pergerakan Kenderaan Depan (LVDA), Kawalan Jelajah Pintar, Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Mengelak Perlanggaran Trafik Melintas Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Mengikut Laluan (LFA) dan banyak lagi.
Bagaimanapun, kebanyakan ciri keselamatan ini ditawarkan kepada varian Prime, Prestige dan HEV.
Berbalik kepada harganya, ia masih kekal misteri kerana anda perlu menunggu sehingga ia dilancarkan secara rasminya pada 2 Julai ini.

Namun mengimbas kembali sebelum ini, Hyundai Tucson generasi keempat versi pra-facelift dijual pada harga RM158,888 (2.0 Lite), RM178,888 (1.6T Plus) dan RM195,888 (1.6T Max).
Memandangkan Hyundai Tucson 2025 ini adalah versi pemasangan tempatan, maka ada kemungkinan besar harganya akan diturunkan.
Apapun adakah Hyundai Tucson ini mampu menyaingi jenama-jenama China yang semakin berlambak di Malaysia? Apa pendapat anda?
Apapun teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui harga sebenar Hyundai Tucson 2025 pada 2 Julai ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP1752
SELANGOR
BSM9526
JOHOR
JYS5382
PULAU PINANG
PSA2976
PERAK
APF6741
PAHANG
CFF5920
KEDAH
KGE6108
NEGERI SEMBILAN
NEJ6754
KOTA KINABALU
SJQ6270
KUCHING
QAB3707N
Terakhir Kemas Kini 06 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen
Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
02-07-2025
Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria
Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.
02-07-2025
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K
Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.
10-11-2023
Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah
HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.
06-11-2023
Tucson Ditayangkan Dalam Filem Uncharted
Kelibat Hyundai Tucson dilihat dalam salah satu filem blockbuster Sony Pictures, Uncharted baru-baru ini.
05-04-2022
Hyundai Beri Jaminan Jentera Itu Antara Paling Selamat
Hyundai melancarkan jentera baharunya, Tucson baru-baru ini.
09-12-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

