Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu G580 EQ (standard) pada harga RM958,888 dan G580 EQ Edition One (lebih premium) pada harga RM999,888.
Harga ini termasuk waranti kenderaan selama 4 tahun dan waranti bateri EV selama 10 tahun.


Kedua-dua varian berkenaan menggunakan empat motor elektrik dimana setiap motor dilengkapi transmisi dua kelajuan yang membolehkannya berfungsi seperti sistem gear rendah dan tinggi pada kenderaan 4×4 biasa.
Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 579 hp (432 kW) dan tork 1,164 Nm, sekali gus menjadikannya lebih bertenaga daripada Mercedes‑AMG G63 yang dikuasakan enjin V8.
Walaupun lebih berkuasa, G580 EQ sedikit perlahan dalam pecutan kerana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.7 saat manakala G63 pula 4.4 saat.
Had laju pula hanya 180 km/j, iaitu lebih perlahan daripada G63.


Namun, apa yang membezakan G580 EQ daripada G63 ialah ciri G-Turn, di mana SUV ini mampu melakukan pusingan setempat sehingga 720 darjah. Selain ciri itu, konfigurasi empat motor juga membolehkan G580 EQ membuat pusingan tajam sehingga 90 darjah, walaupun dengan had kelajuan 25 km/j.
Di sebalik ciri itu, G580 EQ dianggap sebuah kenderaan pacuan yang cukup lasak disebabkan jarak kelegaan tanah sebanyak 250 mm, sudut menjunam 32 darjah manakala suduk mendaki 30.7 darjah.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu meredah air pada kedalaman sehingga 850 mm iaitu 150 mm lebih daripada model G-Class yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.


Dari segi bateri, G580 EQ dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 116 kWh yang membolehkan ia mencapai jarak sehingga 473 km mengikut standard WLTP.
Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas DC (DCFC) sehingga 200 kW, membolehkan ia dicas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 32 minit, manakala pengecas AC 11 kW mengambil masa lebih 11 jam untuk mengecas dari 10% hingga 100%.


Melihat luarannya, G580 EQ dilihat mengekalkan gaya badan SUV berkotak yang sama seperti G-Class standard, walaupun dengan beberapa elemen reka bentuk khusus untuk kenderaan elektrik.
Terdapat gril hadapan yang berlampu, lampu hadapan LED jenis bulat, hud hadapan yang sedikit tinggi, kotak simpanan pada pintu belakang yang boleh memuatkan kabel pengecas, spoiler yang dipasang di bumbung, roda aloi ringan AMG bersaiz 20 inci, dan banyak lagi.

Menjengah bahagian kabinnya, G580 EQ mengekalkan susun atur kabin yang sama seperti G-Class standard, kecuali panel kawalan baharu hadir dengan fungsi ‘G’ yang terletak di antara saluran penyaman udara tengah.


Antara kelengkapan lain ialah terdapat sistem infotainmen MBUX lengkap dengan paparan khas untuk penumpang belakang, upholsteri kulit Nappa hitam, beberapa kemasan gentian karbon AMG, panel tepi pintu bercahaya, tali pinggang keledar Manufaktur, pelapik bumbung Microcut mikrofiber berwarna hitam, lampu ambien dan banyak lagi.
Untuk makluman, versi edisi khas yang dinamakan G580 Edition tampil dengan tiga pilihan warna Manufaktur iaitu South Sea Blue Magno, Opalite White Magno dan Classic Grey Solid.
Versi ini sebenarnya hadir dengan jalur pelindung luaran warna dan angkup brek berwarna biru, pemegang pintu dengan huruf ‘G’ timbul serta terdapat lampu yang akan memaparkan tulisan ‘G – Stronger Than Time’ di atas lantai.
Apa pula pandangan anda mengenai model baharu ini? Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP4840
SELANGOR
BSN1584
JOHOR
JYS7523
PULAU PINANG
PSA3960
PERAK
APF7599
PAHANG
CFF6445
KEDAH
KGE6735
NEGERI SEMBILAN
NEJ7136
KOTA KINABALU
SJQ6764
KUCHING
QAB3860N
Terakhir Kemas Kini 10 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat