Dilancar: Toyota Aygo X Hybrid GR Sport: Sudah Mula Dijual Di Eropah

Toyota dilaporkan sudah mengemaskini model hibridnya, Toyota Aygo X Hybrid dan sudah pun dijual untuk pasaran Eropah, baru-baru ini.
Selain menambahkan trenkuasa hibrid (HEV) baharu, model hatchback crossover segmenn A ini turut menerima varian baharu GR Sport yang tampil lebih sporty.


Untuk makluman, Aygo X HEV menggunakan enjin 1.5-liter 4-silinder yang sama seperti Yaris Cross dan Lexus LBX . Untuk itu, Aygo X mampu menghasilkan kuasa sehingga 114 hp.
Enjinnya yang dipadankan dengan transmisi e-CVT, membuatkan Aygo X HEV baharu mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 10 saat.

Ia adalah satu penambahbaikan yang ketara memandangkan model sebelum ini mampu memecut dalam masa 14.9 saat.
Lebih menarik ialah Toyota mendakwa Aygo X HEV mencatatkan pelepasan karbon dioksida paling rendah berbanding dengan kereta bukan plug-in di Eropah, walaupun kadar penggunaan bahan api rasmi masih belum diumumkan.
Melihat luarannya, Aygo X dilihat menerima perubahan yang agak ketara. Difahamkan, panjang kenderan ini ditambah kepada 76mm berikutan hasil daripada rekaan bampar hadapan yang direka semula.


Bampar baharu ini menampilkan gril hadapan yang lebih besar, dan bagi versi GR Sport, terdapat juga logo GR Sport di bahagian depan bersama gril sarang lebah.
Antara kelengkapan lain ialah didatangkan dengan rim aloi 18-inci baharu,ada saluran Udara di hadapan, pilihan warna eksklusif dua tona Mustard dengan hud hitam, dan pelbagai lagi.
Bagaimanapun, untuk varian GR Sport, Aygo X menerima tempat duduk hadapan sporty dengan ukiran GR pada penyandar, manakala stereng juga berlencana GR. .

Model ini juga hadir dengan kluster meter digital 7-inci baharu, pengecas tanpa wayar, panel kawalan suhu baharu, dan upholsteri baharu yang diperbuat daripada plastik dan fabrik kitar semula.
Walaupun Aygo X GR Sport tidak menerima peningkatan prestasi sebenar berbanding versi standard, namun suspensi dan sterengnya telah ditala semula bagi menawarkan pemanduan yang lebih mantap.
Toyota Aygo X 2025 dijadualkan tiba di pasaran terpilih Eropah menjelang hujung tahun ini, namun harganya masih belum didedahkan.

Walaupun, model crossover sporty ini tidak akan menembusi pasaran kita, namun kami berpendapat jika ciri-ciri GR Sport digunakan pada Yaris hatchback atau Yaris Cross, sudah pastinya ia lebih menarik.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


