Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun

Gara-gara menerima permintaan yang semakin meningkat, nampaknya pemasangan model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.
Langkah yang sama ini sebenarnya pernah diambil oleh pesaing terdekatnya iaitu Honda.
Mengimbas kembali, Honda pernah menghasilkan beberapa generasi hot hatch seperti Civic Type R generasi EP3, FN2, FK2, dan FK8 di kilangnya yang terletak di Swindon, London namun kilang itu sudah pun ditutup.

Selain model GR Supra coupe yang dihasilkan oleh pengeluar kontrak Magna Steyr di Austria, ini merupakan kali pertama Toyota menghasilkan model prestasi GR di luar Jepun.
Dikhabarkan, langkah ini dijangka dapat mempercepatkan masa penghantaran model tersebut ke pasaran utama seperti Amerika Utara.
Buat masa ini, pembeli GR Corolla di Amerika Utara (terutamanya Amerika Syarikat) sering berdepan dengan senarai menunggu yang panjang dan kenaikan harga oleh pengedar sejak model ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022.
Selain itu, Toyota dilaporkan telah membuat persiapan untuk mengambil langkah ini sejak beberapa bulan lalu. Toyota dikatakan telah memilih fasiliti Toyota Manufacturing di Burnaston. Kilang ini menghasilkan model Toyota Corolla secara besar-besaran.


Faktor lain yang mempengaruhi pemilihan fasiliti tersebut adalah disebabkan budaya sukan permotoran yang mendalam di UK
selain permintaan ke atas Toyota Gazoo Racing sentiasa melebihi pengeluaran.
Jadi, ini adalah pertama kali Toyota menghasilkan model GR Corolla di luar Jepun.
Apapun, memandangkan UK kini dalam rundingan dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif import sebanyak 10% ke atas kereta yang diimport dari UK ke Amerika Syarikat, Toyota berpotensi membayar yuran yang lebih rendah untuk unit GR Corolla yang dibina di UK berbanding unit yang dihasilkan di Jepun.


Tahap pelaburan dan jumlah pengeluaran akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini, namun sumber dalam talian melaporkan bahawa Toyota akan membelanjakan sekitar £41 juta (kira-kira RM235.51 juta) untuk menambah barisan pengeluaran GR Corolla baharu di Burnaston dengan kapasiti tahunan 10,000 unit.
Untuk makluman, kilang Motomachi Toyota di Jepun sememangnya terkenal sebagai fasiliti utama pengeluaran model GR, sehingga diberi gelaran sebagai ‘GR Factory’.
Pada tahun lalu sahaja, kilang itu menghasilkan 25,000 kereta, dengan kira-kira satu pertiga daripadanya adalah model GR Corolla.

Selain meningkatkan jumlah pengeluaran, pengeluaran GR Corolla ke luar negara akan memberi fleksibiliti tambahan kepada kilang Motomachi untuk terus menghasilkan model seperti GR Yaris, atau mungkin membuka ruang untuk membangunkan model baharu sepenuhnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4893
SELANGOR
BSU8706
JOHOR
JH385J
PULAU PINANG
PSH2587
PERAK
APM7594
PAHANG
CFJ3537
KEDAH
KGJ7324
NEGERI SEMBILAN
NEM5228
KOTA KINABALU
SJV564
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
