Imej Acah BMW X3 & 2 Series Gran Coupe Terbaru – Bakal Tiba Di My BMW World 2025
BMW Group Malaysia baru-baru ini berkongsi di Facebook rasminya bayangan dua model baharu yang bakal dilancarkan. Walaupun diselubungi tirai misteri, siluet dan rekaan lampu depannya cukup untuk kami membuat tekaan bahawa model yang dimaksudkan ialah BMW 2 Series Gran Coupe generasi kedua (F74) dan BMW X3 generasi keempat (G45).

Kedua-dua model ini bakal membuat penampilan sulung di My BMW World 2025, yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
BMW 2 Series Gran Coupe (F74): Lebih Panjang, Lebih Bergaya

BMW tidak menawarkan versi facelift (LCI) untuk model F44 yang sedia ada, sebaliknya terus melancarkan 2 Series Gran Coupe generasi kedua (F74) pada Oktober tahun lalu.
Model generasi baharu yang menggantikan F44 ini kini 20 mm lebih panjang dan 15 mm lebih tinggi, menjadikan dimensi keseluruhannya 4,565 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,435 mm tinggi. Walaupun jarak roda sedan fastback empat pintu ini kekal sama, iaitu 2,670 mm, pertambahan saiz ini dikatakan menjadikan kabin lebih luas dan selesa.

Model baharu ini 20 mm lebih panjang dan 15 mm lebih tinggi daripada sebelumnya.
Untuk trenkuasanya, model ini dijangka dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo 3 silinder dengan sistem hibrid ringkas (MHEV).


Model generasi baharu ini dijangka hadir secara rasmi di Malaysia dengan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo MHEV (kiri), serta ruang kabin yang lebih luas dan praktikal lengkap dengan pelbagai ciri baharu (kanan).
Model baharu ini juga mungkin akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Untuk perbandingan, model sebelum ini dijual pada harga sekitar RM221,800 (M Sport) hingga RM226,800 (Final Edition), dijangka harga baharu akan kekal dalam lingkungan sama.
BMW X3 (G45): SUV Premium Serba Baharu

SUV crossover BMW X3 generasi keempat (G45) bakal hadir sebagai pesaing kepada Mercedes-Benz GLC generasi kedua.
BMW X3 generasi baharu yang masih dibangunkan di atas platform CLAR ini hadir sebagai saingan kepada Mercedes-Benz GLC.


BMW X3 G45 dijangka ditawarkan di Malaysia dengan pilihan enjin hibrid ringkas(MHEV) atau hibrid plug-in (PHEV) (kiri)serta pelbagai ciri terkini yang telah dipertingkatkan (kanan).
Seperti GLC, X3 terbaru ini juga ditawarkan dalam versi trenkuasa MHEV dan PHEV 2.0 liter turbo 4 silinder. Turut ditawarkan adalah versi berprestasi tinggi, M50 xDrive, dengan enjin 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo.

BMW X3 generasi keempat ini juga dijangka akan terus dipasang secara CKD seperti sebelum ini.
Selain itu, seperti sebelum ini, X3 generasi keempat ini dijangka turut akan dipasang secara CKD di kilang Inokom, Kulim, membolehkannya ditawarkan pada harga yang kompetitif. Untuk makluman, X3 G01 terdahulu dijual pada harga bermula dari RM304,800.
Tarikan Utama di My BMW World 2025


Maklumat lanjut tentang kedua-dua model baharu ini dijangka akan diumumkan di acara My BMW World 2025 hujung minggu ini.
Pameran My BMW World 2025 bukan sahaja akan menjadi platform pendedahan model terbaru daripada BMW Malaysia, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri teknologi terkini BMW, termasuk sistem enjin pembakaran dalaman (ICE), PHEV, elektrik (EV) serta kecanggihan inovasi terkini BMW melalui sesi pandu uji yang ditawarkan.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat model-model baharu ini dengan lebih dekat di Sentul Depot bermula 13 hingga 15 Jun 2025 nanti pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge