Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery
-full_normal.jpg)
Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan dan ketahanan ini. Fasa kedua dan yang terbaru dalam kempen ini memberi tumpuan kepada tahap keselamatan sistem bateri hibrid plug-in yang digunakan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) dalam keadaan kelembapan tinggi, penting bagi pasaran beriklim tropika seperti Indonesia dan Malaysia.
Model yang menjadi tumpuan dalam kempen ini ialah Tiggo 8 Pro CSH, SUV hibrid plug-in andalan (flagship) Chery yang dijangka memasuki pasaran Malaysia pada hujung tahun ini. Jentera ini akan melalui pelbagai ujian ketahanan bateri dalam persekitaran lembap dan hujan lebat di Indonesia, yang hampir serupa dengan keadaan di Malaysia.


Sebelum ini, model yang sama telah diuji selama 48 jam di China, termasuk ujian menampung tujuh kenderaan yang diletakkan secara bertindan di Wuhu. Model ini juga diuji untuk menempuhi ujian gulingan (spiral rollover) dan perlanggaran dua kenderaan, sekaligus membuktikan Chery memberikan perhatian sepenuhnya terhadap aspek keselamatan kenderaan yang dihasilkan.
Fokus Terhadap Cabaran di Pasaran Tempatan
Di Indonesia, Chery memberi penekanan kepada cabaran tempatan seperti banjir dan cuaca lembap berpanjangan. Matlamatnya adalah untuk membuktikan kenderaan mereka dapat berfungsi dengan selamat dan boleh dipercayai walaupun dalam keadaan ekstrem.
Strategi ‘In Somewhere, For Somewhere’ Chery
Kempen ini adalah sebahagian daripada strategi Chery yang dinamakan ‘In Somewhere, For Somewhere’, yang menekankan usaha jenama menyesuaikan produknya mengikut keperluan khusus setiap pasaran.
Selepas Indonesia, siri ujian keselamatan ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain seperti Afrika Selatan, Brazil dan Mexico yang membawakan cabaran semula jadi yang tersendiri.
Ketibaan Tiggo Cross Hybrid di Malaysia
Di Malaysia, model pertama yang menggunakan teknologi CSH Chery adalah Tiggo Cross Hybrid, dengan penghantaran dijangka bermula pada Ogos 2025.
Baca: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Baca: Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat