Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?
Syarikat gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.
Dalam gambar ini, ia adalah model yang dinamakan sebagai Geely A7 EM-i, dan terdapat spekulasi bahawa ia mungkin dihidupkan semula sebagai Proton Perdana generasi seterusnya di pasaran kita?
Sebelum kita menyelami spekulasi tersebut, berikut ialah perkara penting yang perlu difahami mengenai sedan segmen-D baharu Geely ini, yang disasarkan untuk bersaing dengan Toyota Camry versi elektrifikasi di pasaran asalnya dimana ia ia merupakan satu segmen yang masih mempunyai permintaan stabil di China.
Model ini sebenarnya agak menonjol dari segi jarak pemanduan kerana ia dikatakan mampu menawarkan jarak gerak sehingga 2,100 KM, dengan penggunaan bahan api sebanyak 2.1 liter/100 KM.
Biarpun Geely tidak mendedahkan mengenai trenkuasanya namun difahamkan ia disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder.
Enjinnya dipadankan dengan sistem transmisi hibrid elektrik E-DHT (dedicated hybrid transmission) 11-ke-1 . Ia merupakan satu konfigurasi yang cukup meyakinkan untuk mencapai prestasi ini.
Selain itu, terdapat dua pilihan pek bateri LFP – 8.5 kWh dan 18.4 kWh dimana masing-masing menawarkan jarak pemanduan elektrik sekitar 60 KM dan 130 KM (berdasarkan kitaran CLTC).
Untuk output gabungan, Geely menyatakan angka 218 PS dan 262 Nm.
Menurut maklumat yang bocor melalui dokumen permohonan dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), media China melaporkan bahawa Geely A7 berukuran 4,918 mm panjang, dengan jarak roda 2,845 mm, 1,905 mm lebar, dan 1,495 mm tinggi.
Ia adalah ukuran standard bagi segmen-D.
Dari segi reka bentuk, A7 hadir dengan elemen moden seperti lampu depan dan belakang jenis jalur penuh (full-width). Selain itu, ia merupakan sedan jenis berkotak dengan enam tingkap sisi dan ada pemegang pintu.
Bahagian kabinnya pula, ia menampilkan reka bentuk minimalis dengan saluran pendingin hawa yang besar dan boleh dilaraskan secara fizikal, ada konsol tengah yang agak tinggi, stereng dua jejari seperti Proton eMas 7, serta paparan digital.
Mengenai paparan tersebut, Geely belum mendedahkan butiran penuh, namun skrin infotainmen utama kelihatan lebih kecil berbanding unit skrin lebar 30 inci seperti yang terdapat dalam Geely M9. Jangkaan terbaik ialah ia menggunakan paparan 14.8 inci seperti yang terdapat pada eMas 7 EV.
Maklumat lain masih belum didedahkan sepenuhnya, namun Geely A7 EM-i dijangka akan mula dijual di pasaran domestik China tidak lama lagi, dengan harga permulaan disasarkan sekitar 100,000 yuan (anggaran RM58,984).
Berkaitan spekulasi tadi, Proton masih belum membangunkan pengganti generasi ketiga untuk model eksekutif Perdana, setakat ini.
Berdasarkan maklumat yang dikongsi ini, adakah anda rasa sudah tiba masanya untuk Proton kembali ke segmen ini walaupun saiz pasaran sedan segmen-D semakin mengecil berbanding D-SUV? Kongsi pandangan anda di bawah ruangan komen ini…
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS9352
SELANGOR
BSH9175
JOHOR
JYH482
PULAU PINANG
PRU2297
PERAK
APB3293
PAHANG
CFD5275
KEDAH
KGC3530
NEGERI SEMBILAN
NEH1671
KOTA KINABALU
SJM6875
KUCHING
QAB2009M
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.13
+0.03
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?
Theottle tampil dengan lakaran terbaharu Proton berdasarkan model pesaing baharu Geely.
09-06-2025
Temui Ajal Selepas Beraya
Tiga sekawan ditemui rentung apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah.
14-11-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.
Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.
09-09-2021
Berita Terkini
BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti
BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.
23-09-2025
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
23-09-2025
Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China
Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.
22-09-2025
Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu
Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .
19-09-2025
Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K
Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.
18-09-2025
Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV
Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.
17-09-2025
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan
Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.
12-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat