Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga RM265,800.
Ia adalah varian permulaan baharu bagi siri 3 generasi G20 versi LCI untuk pasaran tempatan.
Sebaliknya,j ika anda memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI), harganya naik kepada RM292,200 yang turut merangkumi waranti lanjutan serta pakej servis selama 5 tahun.


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, BMW 320i Sport ini menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter B48 yang sama seperti sebelum ini. Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setalat 181 hp dan 300 Nm yang dipacu ke roda belakang (RWD) menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.
Enjinnya membolehkan 320i Sport memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 7.4 saat sebelum mencapai had laju maksimum 235 km/j. Memandangkan ia bukan lagi model M Sport, 320i Sport kini tidak dilengkapi dengan suspensi adaptif M atau sistem stereng sport boleh ubah seperti yang ada pada 330i M Sport.


Ketiadaan pakej M Sport turut menyaksikan 320i Sport tampil dengan rekaan lebih ringkas termasuk bampar hadapan dan belakang yang lebih sederhana serta rim aloi V-spoke Style 780 dua tona bersaiz 18 inci. Namun begitu, model ini masih menerima lampu utama LED adaptif dan lampu belakang LED penuh yang sama seperti 330i M Sport.
Walaupun ia merupakan model aras permulaan, 320i Sport dilengkapi dengan senarai kelengkapan kabin yang agak mengagumkan. Ini termasuk paparan Curved Display BMW dengan kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan infotainmen tengah 14.9 inci yang dijalankan oleh BMW OS 8.5 serta paparan head-up (HUD).


Kelengkapan standard lain termasuk tempat duduk hadapan sporty yang dibalut kulit Sensatec berlubang, pencahayaan ambien, kawalan pendingin hawa pelbagai zon, stereng kulit dua jejari baharu, dan banyak lagi.
Dari segi ciri keselamatan, 320i Sport hadir secara standard dengan beberapa fungsi bantuan pemandu (ADAS) menerusi pakej BMW Driving Assistant.

Untuk itu, ia hadir dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) bersama n fungsi Stop & Go, serta fungsi seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pemantauan Titik Buta (BSM), dan Amaran Trafik Belakang (RCTA).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU5360
SELANGOR
BSU4924
JOHOR
JG296J
PULAU PINANG
PSG5583
PERAK
APM3640
PAHANG
CFJ1635
KEDAH
KGJ5152
NEGERI SEMBILAN
NEM3305
KOTA KINABALU
SJU6127
KUCHING
QAB7796P
Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge