ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Proton-eMAS7-Premium-Ext-12.jpgsmart-1-Brabus-Ext-13.jpg


Proton melalui anak syarikat tenaga baharunya, PRO-NET, terus memperkukuh kehadiran jenama kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS dan smart dengan pembukaan tiga pusat pengedaran baharu di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Tiga Pusat Pengedaran Baharu Dilancarkan


Proton-eMAS-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-3.jpgsmart-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-2.jpgProton-eMAS-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-4.jpgsmart-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-1.jpg


Pusat pengedaran Proton e.MAS & smart Fook Loi di Kota Kinabalu, Sabah


Di negeri Sabah, cawangan pengedaran Proton e.MAS dan smart yang dikendalikan oleh Fook Loi Eurocar terletak di lokasi strategik di Kota Kinabalu di alamat Lot 3, Jalan Cenderakasih, berdekatan Jalan Lintas. Lokasi ini bukan sahaja pengedar smart rasmi pertama di Sabah, tetapi juga pusat pengederan Proton e.MAS yang kedua di negeri tersebut.


Proton-eMAS-JewelSonic-Outlet-2.jpg


 Proton e.MAS di IOI City Mall 


Sementara itu di Semenanjung pula, dua cawangan baharu dirasmikan. Cawangan pertama, Proton e.MAS Jewel Sonic bertempat di G-218 & G-219, IOI City Mall, Putrajaya. Menariknya, ia merupakan salah satu pengedar yang terletak di dalam pusat beli-belah, memudahkan akses pelanggan. 


Proton-eMAS-PerengitAutoMax-Outlet-2.jpg


Proton e.MAS Peringgit Auto Max di Jalan Klang Lama



Cawangan yang seterusnya ialah Proton e.MAS Peringgit Auto Max yang beralamat di Lot 261, Batu 3 ½, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Rangkaian PRO-NET Kini Semakin Luas


Proton-eMAS-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-2.jpg


Dengan penambahan tiga cawangan ini, PRO-NET kini memiliki sejumlah 35 pusat pengedaran Proton e.MAS di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 25 adalah Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S), 10 lagi ialah pusat badan dan cat kenderaan, serta dilengkapi dengan 31 stesen pengecas pantas DC. 


PRO-NET juga menyatakan bahawa jumlah ini akan bertambah dalam masa terdekat, memandangkan pengeluar kereta itu telah melantik 47 pengedar rasmi di seluruh negara bagi memastikan pengalaman pemilikan Proton e.MAS yang lebih lancar dan meyakinkan. 


Pengedar Baharu, Komuniti Baharu


Proton-eMAS-FookLoi-KotaKinabalu-Outlet-1.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian syarikat dalam tempoh setahun. Menurut beliau, “Rangkaian kami yang semakin berkembang bukan sekadar angka, tetapi bermakna kami semakin dekat dengan rakyat. Setiap pengedar baharu mewakili komuniti baharu yang disokong oleh kami dalam perjalanan EV mereka.”


Beliau menambah, “Kami yakin lebih ramai rakyat Malaysia akan bersedia dan teruja untuk beralih kepada kenderaan elektrik. Inilah cara kami membina masa depan bersama,  langkah demi langkah, dari pusat bandar hingga ke Sabah dan Sarawak.” 

Baca: Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-08-2026
Berita Auto

PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.

24-07-2026
EV

30-06-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

22-05-2026
EV

10-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
Pandu Uji

02-03-2026

Berita Terkini

EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.