Leapmotor C10 Kini Cuma RM125K, Banyak Ciri Baharu Ditambah

Leapmotor C10 dilihat memulakan perjalanan yang agak perlahan di Malaysia, dengan hanya 13 unit terjual pada bulan Mei, 8 unit pada April, dan 18 unit pada Mac.
Hakikatnya, pasaran tempatan kini dipenuhi dengan pelbagai pilihan kenderaan elektrik (EV) menyebabkan pembeli semakin bijak dalam membuat pilihan.
Maka, Leapmotor C10 sedang bergelut untuk mendapat perhatian.
Namun senario jualan Lepamotor di China jauh berbeza kerana jenama tersebut telah menjual sebanyak 173,658 kenderaan antara Januari dan Mei 2025.

Angka ini mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV yang paling berkembang di China serta syarikat pemula Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) terkemuka dalam dekad ini.
Dalam usaha untuk mengubah nasibnya di Malaysia, Leapmotor mempertaruhkan model C10 2025 yang telah dikemas kini.
Ia kini ditawarkan pada harga jauh lebih rendah iaitu RM125,000 dimana harga pelancaran asal adalah RM159,000. Pengurangan sebanyak RM34,000 ini sememangnya menarik perhatian dalam segmennya.


Model 2025 yang diperbaharui ini juga hadir dengan beberapa penambahaikan.
Antaranya, ruang simpanan baharu 'frunk' ditambah kepada 32 liter, ada penutup but tonneau dimana ia memberikan keselamatan tambahan untuk kargo.
Apa yang cukup penting ialah, kelajuan pengecasan AC telah dipertingkatkan dengan pengecas atas papan (OBC) baharu, kini berkuasa 11 kW (berbanding 6.6 kW sebelum ini).

Malah, peningkatan kadar cas ini membolehkan kenderaan kini dicas dari 30% hingga 80% hanya dalam empat jam. Sebelum ini, ia memakan masa sehingga enam jam.
Untuk keselamatan dan kemudahan tambahan, C10 kini turut dilengkapi Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang membolehkan pemantauan tayar secara masa nyata dan memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang ketidakseimbangan tekanan.
Ia juga kini hadir dengan pam inflator tayar bermotor.
Menjengah bahagian kabinnya, nilai estetika ditingkatkan dengan begitu baik.Warna dalaman Midnight Aurora telah digantikan dengan pilihan Hitam untuk varian Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey.
Bagi varian luaran Glazed Green kini digandingkan dengan dalaman Camel Brown eksklusif.
Kesemua tempat duduk menggunakan tekstil silikon premium yang diperakui OEKO-Tex Standard 100®, menjamin keselesaan, keselamatan dan ketoksikan sifar—sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Dari segi mekanikal, C10 masih mengekalkan bateri Lithium-Iron Phosphate (LFP) 69.9 kWh dan dipadankan dengan motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 214 hp dan tork 320Nm. Ia mamp memecut dari 0-100kmj hanya dalam 7.5 saat.
Leapmotor C10 ii menawarkan jarak pemanduan sehingga 424 KM (WLTP). Salah satu kelebihan unik C10 ialah pemanduan dinamik kerana menerima hasil sentuhan daripada Maserati yang membuatkan pengalaman memandu lebih mengujakan.
Mengenai jaminan, SUV elektrik Leapmotor C10 serba baharu ini tetap dengan jaminan selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, mana-mana tiba dahulu serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km, mana-mana tiba dahulu.
Bagaimanapun, adakah penambahbaikan ini bakal menggoda pembeli di Malaysia? Perkara ini masih belum dapat dirungkai namun
Sama ada penambahbaikan ini mencukupi untuk meningkatkan daya tarikan C10 di Malaysia masih belum dapat dipastikan namun tidak dinafikan Leapmotor C10 merupakan SUV EV segmen-D yang menarik terutamanya pada harga segmen-C.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat