ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-IconicSP-Concept-4.jpg


Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan menghidupkan kembali nama ikonik RX-7. Model ini dijangka akan mula dikeluarkan seawal tahun 2026, sekali gus memberi nafas baharu kepada enjin rotary Mazda.


Iconic SP Bakal Jadi Pengganti RX-7?


Mazda-IconicSP-Concept-1.jpg


Ketua Pegawai Teknikal Mazda, Ryuichi Umeshita, mendedahkan kepada Motor Trend bahawa Iconic SP akan menjadi “pengganti yang cukup baik untuk RX-7,” sekali gus membuka peluang untuk kebangkitan semula nama RX-7 dalam bentuk yang lebih moden.


Namun, Umeshita juga menegaskan bahawa model ini tidak semestinya pengganti secara langsung kepada mana-mana model sedia ada, tetapi membawa identiti baru yang lebih segar.


Enjin Rotary Hibrid Dengan Kuasa 365 HP


Mazda-IconicSP-Concept-7.jpgMazda-IconicSP-Concept-10.jpg


Model Iconic SP versi pengeluaran dijangka menggunakan enjin rotary hibrid baharu yang menggabungkan enjin dwi-rotor sebagai penambah jarak, motor elektrik tunggal dan bateri. Kuasa gabungan dijangka mencapai 365 hp. Terdapat juga kemungkinan Mazda menawarkan varian dengan enjin rotary sebagai sumber kuasa utama, lapor portal automotif CarScoops.


Jumlah Unit Terhad


Iconic SP dijangka dihasilkan dalam jumlah terhad dan bakal hadir sebagai pelengkap kepada barisan kereta sport Mazda, bukan menggantikan MX-5 Miata. 


MX-5 Miata Generasi Baharu Dalam Pembangunan


Caricarz-MBA-2025-Mazda-MX5-Launch-12.jpgCaricarz-MBA-2025-Mazda-MX5-Launch-5.jpg


Dalam perkembangan lain, Mazda juga dilaporkan sedang membangunkan MX-5 Miata  generasi baharu yang dijangka tiba beberapa tahun lagi. Model semasa, generasi ND yang dilancarkan pada 2014, akan terus dijual buat sementara waktu.


Mazda-IconicSP-Concept-6.jpg


Ketua Rekaan Mazda, Masashi Nakayama, menyatakan versi terbaru itu nanti akan mengekalkan badan yang kompak dan ringan serta ditawarkan pada harga mampu milik, tetapi dengan pelbagai pembaharuan. Beberapa elemen reka bentuk Iconic SP juga akan diadaptasi ke dalam Miata generasi baharu. 


Caricarz-MBA-2025-Mazda-MX5-Launch-7.jpgMazda-Skyactiv-Z-7.jpg


Dari segi mekanikal, Miata generasi baharu dijangka menggunakan enjin petrol empat silinder dengan teknologi Skyactiv-Z berkapasiti 2.5 liter, yang juga akan digunakan pada model CX-5 baharu. Enjin ini dikatakan menawarkan penjimatan bahan api dan prestasi lebih baik berbanding enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang digunakan pada model ND.

Sumber: Motor Trend, CarScoops

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
EV

12-02-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

23-08-2025
Global

10-07-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.