ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan dua model yang bernilai berjuta ringgit pada minggu lepas.

Kali ini, MBM memilih untuk memeriahkan edisi 2025 acara tahunan MBM Fashion Week Kuala Lumpur (MBMFWKL 2025) yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur dengan menayangkan satu lagi model baharu.

image.png

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun kami sudah tahu ia adalah Mercedes-Benz G Class Elektrik.

Dengan membuat kejutan ini, pihak MBM memilih tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut berkaitan spesifikasi, harga, mahupun tarikh pelancaran.

Sebaliknya, MBM memaklumkan bahawa Pendaftaran Minat (ROI) sudah dibuka

image.pngimage.png

Model G-Wagen elektrik penuh ini sebenarnya sudah pun didedahkan pada Auto China 2024. 

SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula sebagai  sebuah model G 580 yang menggunakan Teknologi EQ. 

image.pngimage.pngimage.png

Secara standard, ia  merupakan versi produksi sebenar kepada model konsep jenama tersebut, Concept EQG,iaitu sama seperti model G-Class dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

G580 dibina atas kerangka ladder-frame yang diperkuatkan dan menggunakan sistem suspensi belakang De Dion, menggantikan gandar belakang solid.

image.pngimage.png

Perubahan ini dilakukan bagi membolehkan platform tersebut menampung konfigurasi pacuan empat motor elektrik. Ya terdapat  empat motor, satu untuk setiap roda dan setiap satu dengan transmisi dua kelajuan tersendiri. Ia dilengkapi dengan  pek bateri gergasi berkapasiti 116 kWh.

image.pngimage.png

Untuk itu, dengan adanya  empat motor elektrik, ia mamu menghasilkan kuasa 587 PS dan tork 1,164 Nm. Sebagai perbandingan, model EV ini hanya sedikit kurang berkuasa tetapi mempunyai tork yang lebih berbanding varian Mercedes-AMG G63. Model G63 yang dilengkapi enjin V8 mampu menghasilkan kuasa  setakat 585 PS dan 850 Nm. Ia merupakan satu-satunya versi G-Class yang ditawarkan secara rasmi oleh MBM pada masa ini.

image.png

Mengenai pecutan, model baharu ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j  hanya dalam masa4.7 saat, menjadikan G580 dengan Teknologi EQ hampir menyamai masa pecutan 0-100 KM/J 4.4 saat model ICE AMG. 

Namun begitu, kelajuan maksimum EV ini dihadkan secara elektronik kepada 180 KM/J – lebih rendah berbanding 240 KM/J untuk model ICE tersebut.

Selain kelajuan, G580 dengan Teknologi EQ juga menjanjikan jarak perjalanan  sehingga 473 KM (WLTP). Difahamkan, baterinya  menyokong pengecasan pantas DC sehingga 200 kW, dimana ia membolehkan pengecasan 10-80% dilakukan dalam masa 32 minit.

image.png

Malangnya, cubaan kami untuk melihat  ruang dalaman unit teaser G-Class elektrik sepenuhnya ini  tidak berhasil kerana selain dilitupi balutan, jentera ni dikunci.

Begitupun,  bahagian dalamannya dijangka menyerupai model AMG performance namun elemen sportynya dikurangkan.

Secara ringkas, G580 dengan Teknologi EQ ini hampir tiba, dan anda boleh mendaftarkan minat anda dengan pengedar sah sekarang. Dari segi harga pula, model elektrik G-Class ini dijangka ditawarkan pada harga lebih rendah dan lebih ‘mampu milik’ berbanding model AMG disebut tadi.

Sebagai makluman, model prestasi AMG itu dilancarkan tahun lalu pada harga mencecah RM1,948,888. Sementara itu, EQS 450 SUV pula berharga RM625,888 dan RM1,088,888 untuk model Mercedes-Maybach EQS 680 SUV.

Spekulasi harga di bawah RM1 juta semakin hangat diperkatakan, namun perkara ini masih belum disahkan. Maklumat lebih lanjut dijangka akan diumumkan menjelang pelancarannya nanti!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

01-02-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.

25-02-2022
Kereta Baru

26-06-2025
Kereta Baru

13-06-2025
EV

24-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.