"MOT Akan Ambil Tindakan Tegas Sejurus Siasatan Selesai, - Menteri

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sejurus siasatan selesai berhubung nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak,semalam.
Menterinya, Anthony Loke mengesahkan sejurus kejadian, Aensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas terlibat.
"Pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas bas serta syarikat terbabit mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715). Tindakan tegas akan diambil sejurus siasatan selesai," tulisnya di halaman Facebook rasminya.
Menurutnya, kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.
"Kami komited melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

"Antara dasar yang sedang dirangka termasuklah pelaksanaan wajib Speed Limiter bagi kenderaan berat. Polisi ini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk menutup sebarang ruang manipulasi selepas ia dikuatkuasakan kelak.
"Kejadian ini harus menjadi peringatan kepada semua pihakkerajaan, pengendali, dan masyarakat—bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan nyawa," ujarnya.
Tambah Anthony, beliau mengambil maklum tindakan segera yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak pengurusan UPSI dalam menyantuni keluarga mangsa.
Kejadian ini harus menjadi peringatan kepada semua pihak termasuk kerajaan, pengendali dan masyarakat.
“Tiada kompromi dalam soal keselamatan nyawa,” jelasnya.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
“Saya amat sedih dan terkesan menerima berita nahas tragis itu. Setiap nyawa yang terkorban adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga kepada masa depan negara.
“Doa saya sentiasa mengiringi para mangsa dan ahli keluarga mereka yang sedang melalui saat amat sukar ini,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP6710
SELANGOR
BST6147
JOHOR
JE690J
PULAU PINANG
PSF4736
PERAK
APL4145
PAHANG
CFH7023
KEDAH
KGJ204
NEGERI SEMBILAN
NEL7938
KOTA KINABALU
SJU467
KUCHING
QAB5461P
Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Berapa Harga Minyak Sekarang?
Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.
11-09-2026
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat