ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MPV Eksklusif: Hyundai Staria 2025 Ditayang, Ada 4 Varian, Luar, Dalam Eksklusif

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Sempena majlis pratonton media, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Staria yang hadir dalam versi tujuh dan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun, pihak Hyundai tidak mendedahkan harga rasminya kerana

Harga ketiga-tiga modelnya akan diumumkan secara serentak pada 2 Julai nanti

Hyundai Staria yang merupakan MPV futuristik kini hadir dengan beberapa penambahbaikan sekali gus membuatkannya lebih moden dan lebih segar sehingga Berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia menjadi antara model terlaris Hyundai setakat ini. 

Hyundai Staria ini hadir dalam empat varian iaitu varian asas iaitu Style (10 tempat duduk), varian pertengahan Prime (10-tempat duduk), serta varian tertinggi Prestige hadir dengan pilihan 7 dan 10 - tempat duduk.

image.png

Kesemua varian menggunakan enjin turbo diesel 4-silinder 2.2 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 177 HP dan 431 NM,dan  dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Dari segi penampilan, terdapat lencana baharu dengan kemasan  berwarna gangsa pada lencana,ada gril, spoiler hadapan, cermin sisi dan  terdapat kemasan bampar belakang. Selain itu, Staria kekal dilengkapi lampu LED penuh dengan grafik DRL dan lampu belakang tema piksel serta rim dua tona bersaiz 18 inci .

image.pngimage.png


Menjengah kabinnya, terdapat perubahan estetik terbesar iaitu tiada lagi kemasan Alcantara pada pintu dan konsol tengah, manakala semua tempat duduk kini dibalut dengan kulit Nappa.

image.pngimage.png

Malah, Hyundai Staria juga masih menampilkan panel instrumen digital bersaiz 10.25 inci serta skrin  infotainmen tengah 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Bose dengan 12-pembesar suara, pad pengecas wayarles Qi, serta kamera 360 darjah.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah ia hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci, pintu gelangsar sisi berkuasa jenis berkembar, pintu belakang berkuasa, tempat duduk hadapan dilaraskan secara automatik dan terdapat juga  kerusi kapten baris kedua berkuasa (gelangsar manual) dengan fungsi pengudaraan  dan ottoman, dua bumbung suria, serta kawalan suhu dua zon.

image.png

Mengenai ciri keselamatannya, ia didatangkan dengan enam beg udara secara standard untuk semua varian. Hanya varian tertinggi Prestige 7-tempat duduk mendapat pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang membolehkan keupayaan pemanduan separa autonomi.

Sehubungan itu, kami berpendapat memandangkan Staria akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah, maka varian 10-tempat duduk akan dijual dalam lingkungan  harga sebelum ini iaitu RM183,888 (Lite), RM200,888 (Plus) dan RM215,888 (Max).

Bagi varian tertinggi baharu Prestige 7-tempat duduk, ia dijangka ditawarkan pada harga jauh lebih rendah daripada RM368,888 yang dikenakan untuk model Premium pra-facelift, sebelum ini. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQN9148

SELANGOR

BSM9107

JOHOR

JYS4650

PULAU PINANG

PSA2559

PERAK

APF6360

PAHANG

CFF5718

KEDAH

KGE5870

NEGERI SEMBILAN

NEJ6582

KOTA KINABALU

SJQ6004

KUCHING

QAB3645N

Terakhir Kemas Kini 04 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-10-2022
Kereta Baru

08-10-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026
Kereta Baru
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.

03-03-2026
Kereta Baru
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.