MPV Eksklusif: Hyundai Staria 2025 Ditayang, Ada 4 Varian, Luar, Dalam Eksklusif

Sempena majlis pratonton media, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Staria yang hadir dalam versi tujuh dan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun, pihak Hyundai tidak mendedahkan harga rasminya kerana
Harga ketiga-tiga modelnya akan diumumkan secara serentak pada 2 Julai nanti
Hyundai Staria yang merupakan MPV futuristik kini hadir dengan beberapa penambahbaikan sekali gus membuatkannya lebih moden dan lebih segar sehingga Berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia menjadi antara model terlaris Hyundai setakat ini.
Hyundai Staria ini hadir dalam empat varian iaitu varian asas iaitu Style (10 tempat duduk), varian pertengahan Prime (10-tempat duduk), serta varian tertinggi Prestige hadir dengan pilihan 7 dan 10 - tempat duduk.

Kesemua varian menggunakan enjin turbo diesel 4-silinder 2.2 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 177 HP dan 431 NM,dan dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan yang memacu roda hadapan.
Dari segi penampilan, terdapat lencana baharu dengan kemasan berwarna gangsa pada lencana,ada gril, spoiler hadapan, cermin sisi dan terdapat kemasan bampar belakang. Selain itu, Staria kekal dilengkapi lampu LED penuh dengan grafik DRL dan lampu belakang tema piksel serta rim dua tona bersaiz 18 inci .


Menjengah kabinnya, terdapat perubahan estetik terbesar iaitu tiada lagi kemasan Alcantara pada pintu dan konsol tengah, manakala semua tempat duduk kini dibalut dengan kulit Nappa.


Malah, Hyundai Staria juga masih menampilkan panel instrumen digital bersaiz 10.25 inci serta skrin infotainmen tengah 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Bose dengan 12-pembesar suara, pad pengecas wayarles Qi, serta kamera 360 darjah.

Antara kelengkapan lain ialah ia hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci, pintu gelangsar sisi berkuasa jenis berkembar, pintu belakang berkuasa, tempat duduk hadapan dilaraskan secara automatik dan terdapat juga kerusi kapten baris kedua berkuasa (gelangsar manual) dengan fungsi pengudaraan dan ottoman, dua bumbung suria, serta kawalan suhu dua zon.

Mengenai ciri keselamatannya, ia didatangkan dengan enam beg udara secara standard untuk semua varian. Hanya varian tertinggi Prestige 7-tempat duduk mendapat pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang membolehkan keupayaan pemanduan separa autonomi.
Sehubungan itu, kami berpendapat memandangkan Staria akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah, maka varian 10-tempat duduk akan dijual dalam lingkungan harga sebelum ini iaitu RM183,888 (Lite), RM200,888 (Plus) dan RM215,888 (Max).
Bagi varian tertinggi baharu Prestige 7-tempat duduk, ia dijangka ditawarkan pada harga jauh lebih rendah daripada RM368,888 yang dikenakan untuk model Premium pra-facelift, sebelum ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge