Pengeluar EV China, Neta Akhirnya Bankrap? Bukan Bankrap Tapi Akan Jalani Proses Penstrukturan Semula!

Walaupun berulang kali menafikan laporan mengenai masalah kewangan serius, nampaknya masa depan jenama yang diasaskan dan dimiliki oleh syarikat induk yang berpangkalan di Shanghai, Hozon Auto (Hozon New Energy) kini semakin "tenat".
Ini kerana berdasarkan laporan terkini CarNewsChina yang memetik TMTpost, Neta telah memulakan proses penstrukturan semula kebankrapan mulai semalam selepas tersebarnya sebuah video dramatik pada 11 Jun yang menunjukkan sekumpulan pekerja mendesak Pengerusi Neta Auto, Fang Yunzhou, menuntut gaji tertunggak di pejabat baharu syarikat itu.
Ia adalah insiden terbaharu selepas pelbagai isu yang timbul sejak beberapa bulan lalu.
Selain itu, walaupun memenangi beberapa kes di mahkamah, bekas pekerja syarikat itu tetap gagal untuk mendapatkan bayaran gaji tertunggak kerana syarikat dilaporkan tidak mempunyai aset mencukupi untuk disita.
Salah satu contoh berlaku pada Mac tahun ini apabila perintah mahkamah China membekukan kurang daripada 500 yuan(anggaran RM300) dalam dua akaun bank syarikat berkaitan Neta Auto.
Satu lagi contoh masalah aliran tunai dilaporkan berlaku bulan lalu apabila sebuah agensi pengiklanan Shanghaimemfailkan permohonan semakan bankrap terhadap Hozon New Energy syarikat induk Neta Auto kerana gagal membayar hutang sebanyak 5.31 juta yuan (~RM3.5 juta).

Walaupun Neta Auto menyatakan bahawa ia adalah permohonan sepihak oleh pembekal, selain menegaskan ketika itu bahawa mereka masih belum memulakan sebarang prosiding kebankrapan.


Lebih memburukkan keadaan, imej jenama itu turut tercalar teruk di rantau ini apabila ASEAN NCAP memberikan model hatch EV peringkat permulaan Neta V (Aya) markah kosong (0-Bintang) selepas gagal dalam ujian pelanggaran.


Satu pengumuman penstrukturan semula operasi ke arah model jualan langsung kepada pengguna atau Direct-to-Consumer (D2C), telah dibuat, tetapi tiada perkembangan lanjut selepas itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Tidak Berminat, Neta Auto Bakal Bankrap
Jenama EV dari China, Neta Auto, berdepan kemungkinan muflis.
15-05-2025
Toyota Bakal Ambil Alih Neta Untuk Dominasi EV Di China?
Toyota dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah strategik baharu untuk memperkukuhkan kehadiran EV di pasaran China.
13-05-2025
Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand
Hozon Auto, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China yang juga pemilik jenama Neta Auto, kini berdepan cabaran kewangan yang kian meruncing.
27-12-2024
Kemelut Neta: Mampukah Neta Kembali Bangkit?
Neta Auto dikatakan bakal kembali pulih tidak lama lagi.
02-12-2024
NETA Bakal Guna Teknologi Kokpit Tercanggih Snapdragon, Meterai MoU Bangun Kilang CKD Di Rembau
NETA Auto lancarkan platform integrasi kokpit untuk pemanduan atau cockpit-to-drive, Snapdragon Ride Flex (SA8775P).
29-04-2024
Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat
Neta Auto secara rasminya melancarkan Neta L sempena pameran Beijing International Auto Show 2024, sebentar tadi.
25-04-2024
Berita Terkini
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat