Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Selepas membuat penampilan sulung di Gran Turismo 7, Xiaomi SU7 Ultra terus mencipta kejutan apabila berjaya merampas takhta daripada Rimac Nevera untuk menjadi EV terpantas yang mencatat pusingan di litar Nürburgring.
Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia itu kira-kira 0.341 saat di belakang.
Sebelum rekod ini dicatat, Xiaomi pernah menurunkan prototaip SU7 Ultra yang mencatat masa pusingan lebih mengagumkan iaitu 6 minit 46.974 saat, dengan kereta tersebut menampilkan elemen aerodinamik yang lebih agresif .


Masa pusingan itu juga meletakkannya dalam kategori bawah 7 minit, sebaris dengan prototaip Volkswagen ID.R, yang sehingga kini merupakan EV prototaip terpantas di litar ‘Ring.
Walaupun rekod baharu ini meletakkan SU7 Ultra 18 saat di belakang kembarnya versi prototaip, masa pusingan ini sudah mencukupi untuk mengatasi Porsche Taycan Turbo GT dari Jerman, malah juga Rimac Nevera hyper-EV yang sebelum ini mencatat 7 minit 5.298 saat.
Dalam video yang disiarkan oleh Xiaomi, SU7 Ultra dilihat berjaya mencecah kelajuan 345 km/j di laluan lurus , hanya kurang 5 km/j daripada kelajuan maksimum (V-max) yang didakwa iaitu 350 km/j.


Kejayaan ini dicapai hasil daripada tetapan tiga motor elektrik yang mana ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 1,527 hp (1,138 kW) dan tork 1,306 Nm.
Kuasanya itu membolehkan ia memecut dari 0 -100 km/j hanya dalam hanya 1.89 saat.
Bagaimanapun, Xiaomi tidak menjelaskan banyak butiran lain mengenai pecutan yangmengagumkan ini, termasuk identiti pemandu SU7 Ultra semasa aksi tersebut.
Namun, syarikat teknologi gergasi dari China ini menegaskan bahawa SU7 Ultra yang digunakan untuk mencatat rekod ini adalah model produksi, walaupun dipasang dengan pakej trek pilihan.
Mengulas tentang pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata ini bukan kali terakhir melihat Xiaomi beraksi di Nürburgring, memandangkan syarikat tersebut ada mengumumkan kerjasama dengan pihak pengurusan litar itu.

Menerusi kerjasama ini, Xiaomi akan terus menggunakan Nürburgring sebagai tapak ujian bagi membangunkan EV generasi akan datang.
Sebagai tanda peringatan untuk kerjasama ini, satu selekoh baharu bernama "Xiaomi Curve" telah ditambah di litar Grand Prix Nürburgring, sekali gus meletakkan gergasi teknologi ini sebaris dengan jenama automotif lagenda yang lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport
Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?
11-02-2025
Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia
Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.
17-10-2024
"Takut" Jadi Punca Xiaomi Bangunkan EV, Ini Punca Ketakutannya...
CEO Xiaomi, Lei Jun, berkongsi kisah di sebalik pembangunan kereta elektrik yang telah dilancarkan.
29-07-2024
Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam
Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!
01-04-2024
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia
Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.
07-01-2026
Xiaomi SU7 Ultra Menggerunkan Porsche Taycan Turbo GT – Hampir 4,000 Unit Ditempah Dalam 10 Minit
Xiaomi SU7 Ultra versi prototaip baru-baru ini telah membuat pencapaian menakjubkan apabila berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas bagi sebuah model sedan empat pintu iaitu 6:46.874 pada 24 Oktober lalu.
30-10-2024
Tempahan Xiaomi SU7 Ultra Dibuka Di China – Hypercar Elektrik 1,526 HP Bawah RM500K
Xiaomi akan memperkenalkan model paling berkuasa dalam siri SU7, iaitu Xiaomi SU7 Ultra semasa acara pelancaran produk baharunya yang bakal berlangsung 29 Okt ini.
25-10-2024
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
