Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.
Pelancaran ini menjadikan negara Caribbean itu sebagai pasaran antarabangsa kedua untuk e.MAS 7 selepas Nepal, sekaligus memperkukuh komitmen Proton untuk menembusi pasaran EV luar negara.
Pelancaran Rasmi & Pembukaan Pusat EV Baharu

Majlis pelancaran berlangsung di Port of Spain dan dirasmikan oleh Ketua Sektor ANSA Motors Limited, Jean-Marc Mouttet dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Baharu, ANSA MCAL Ltd., Alexander Sabga.

Sebagai pengedar rasmi Proton di rantau Caribbean sejak tahun 2013, ANSA Motors turut mengambil inisiatif membuka bilik pameran EV berteknologi tinggi di The City of Grand Bazaar. Pusat ini bukan sahaja menawarkan pengalaman interaktif kepada pembeli, malah menyediakan khidmat sokongan dan pendidikan mengenai mobiliti elektrik.
Pasaran Kukuh, Lonjakan Permintaan
Trinidad dan Tobago bukanlah pasaran baharu bagi Proton, sejak mula dieksport ke negara itu, Proton telah menghantar 481 unit kenderaan, termasuk 271 unit Proton X50, 141 unit Proton X90 dan 44 unit Proton Saga. Sambutan positif terhadap model-model ini memberi laluan kepada kemasukan e.MAS 7.
Hanya 1 Varian Ditawarkan

Buat masa ini, hanya varian Premium model e.MAS 7 ditawarkan di Trinidad dan Tobago. Model yang menerima penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) ini menggunakan enjin dengan kuasa mencecah 215 hp (160 kW) dan tork 320 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.1 saat.
Kuasa dibekalkan oleh bateri Aegis Short Blade yang berkapasiti 60.22 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan maksimum 410 km dengan satu cas penuh berdasarkan piawaian WLTP.
Model yang diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2024 kini merupakan model eksport ketiga paling laris Proton, selepas Proton Saga dan Proton X50.
Sasar Pasaran Baharu
Menurut Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa Proton, Edmund Lim Meng Thong, pelancaran ini mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyokong peralihan ke arah EV untuk pasaran eksport.
Beliau turut memaklumkan bahawa e.MAS 7 bakal dilancarkan di Mauritius dan Singapura menjelang akhir tahun ini.
Baca: Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka
Baca: Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut
Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.
01-08-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

