Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi. Ia sudah pun diperkenalkan kepada umum baru-baru ini.
Dikhabarkan, terdapat varian baharu yang akan menjadi model teratas dan dijangka menaikkan lagi penanda aras prestasi bagi nama lagenda kereta sport Amerika ini.
Model ini juga adalah antara yang pertama menggunakan sistem plug-in hybrid (PHEV), serta pertama kali ditawarkan dalam pilihan pemanduan sebelah kanan (RHD).
Ia menggabungkan kehebatan ZR1 yang bertenaga luar biasa dengan E-Ray berkuasa elektrik, yang mana ia mampu menghasilkan pakej prestasi setaraf hypercar dengan kuasa hamburan setakat 1,250 hp!

Fuh, power lain macam.
Chevrolet Corvette ZR1X disumbat dengan enjin V8 5.5-liter twin-turbo flat-plane sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa 1,064 HP dan 1,123 Nm.
Sebanyak 160 HP dan 197 Nm kuasa tambahan disumbangkan oleh sistem PHEV yang diambil daripada Corvette E-Ray. Ia terdiri daripada motor elektrik hadapan dan pek bateri 1.9 kWh.

Berbeza dengan E-Ray, sistem PHEV ZR1X ini menawarkan kuasa yang lebih tinggi dan boleh menyalurkan kuasa sehingga 257 km/j.
Gabungan kuasa ini turut dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar 8-kelajuan serta sistem pacuan semua roda elektronik (eAWD).


Maka tidak hairanlah Chevrolet mendakwa Corvette ZR1X mampu memecut dari 0-97 kilometer sejam hanya kurang daripada 2.0 saat. Pembuat kereta Amerika itu juga mendakwa bahawa Corvette ZR1X boleh melengkapkan pecutan suku batu (400 meter) dari keadaan pegun dalam masa hanya 9 saat.
Selain itu, dengan kuasa dan kelajuan sehebat ini, Corvette ZR1X juga mampu menghasilkan lebih daripada 1.0G daya lateral dan longitudinal.
Apa yang cukup mengejutkan ialah prestasi setaraf hypercar ini datang daripada model produksi biasa, bukan edisi khas terhad.

Chevrolet tidak menetapkan penggunaan khusus untuk Corvette ZR1X ini, namun menyatakan ia lebih ditujukan untuk kegunaan jalan raya berbanding litar.
Turut disertakan ialah sistem brek yang dipertingkatkan.
Peralatan brek ini sememangnya mengagumkan dengan cakera karbon seramik 420 mm yang digenggam oleh angkup 10-piston buatan Alcon di bahagian hadapan.
Sementara itu, ketika ujian di Nürburgring, sistem ini mencatatkan daya nyahpecutan 1.9G dari 290 – 193 km/j di kawasan Tiergarten.

Seperti ZR1, ZR1X ditawarkan dalam dua varian. Pilihan ‘standard’ hadir dengan sayap belakang yang lebih kecil serta tayar Michelin Pilot Sport 4S, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum kira-kira 375 km/j.
Terdapat juga varian ZTK Package yang menawarkan daya tekan ke bawah lebih tinggi menerusi sayap belakang lebih besar, disusuli tayar Michelin Cup2R dan suspensi lebih tegar. Ini sebenarnnya membolehan ia adalah antara model paling sesuai digunakan di litar.
Satu lagi kelebihan Corvette ZR1X ialah komputer dalaman pintar yang sentiasa memantau input pemandu dan keadaan kenderaan untuk mengoptimumkan gabungan kuasa. Ia juga menawarkan tiga strategi tenaga bagi memenuhi pelbagai situasi.
Untuk mod ini, pemandu boleh memilih antara mod ‘Endurance’ untuk sesi pusingan panjang, dan mod ‘Qualifying’ untuk mendapatkan masa pusingan terbaik. Terdapat juga fungsi ‘Push-To-Pass’ untuk mendapatkan kuasa maksimum secara pantas.
Mengenai harga pula, Chevrolet dilaporkan masih belum mendedahkan harganya. Namun, dijangka Corvette ZR1X baharu ini akan dijual pada harga lebih tinggi berbanding model ZR1 sedia ada yang bermula pada US$174,995 (kira-kira RM743,291).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6489
SELANGOR
BSV3240
JOHOR
JH8516J
PULAU PINANG
PSH5793
PERAK
APN2496
PAHANG
CFJ4759
KEDAH
KGJ9390
NEGERI SEMBILAN
NEM6737
KOTA KINABALU
SJV3129
KUCHING
QAB867Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas
Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.
24-11-2026
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan
Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.
23-11-2026
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

