ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Sofea Najmi

Kongsi melalui

lexus-is500-climax-edition-(1).jpg


Lexus IS 500 Climax Edition 


Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini. Sebagai penghormatan terakhir, Lexus memperkenalkan varian istimewa ‘Climax Edition’ yang hanya akan dijual di Jepun, hadir dengan beberapa ciri unik yang membezakannya daripada versi standard.


Ciri Unik Luaran Lexus IS 500 Climax Edition


lexus-is500-climax-edition-(4).jpg


Antara keistimewaan Lexus IS 500 Climax Edition ialah sistem brek Brembo yang eksklusif. Ia dilengkapi dengan rotor pengudaraan lebih besar berukuran 380 mm di hadapan, dipadankan dengan kaliper enam piston yang menggunakan pad brek berprestasi tinggi. Kaliper brek ini diberikan warna merah yang menyala dan tersembunyi di sebalik rim aloi tempaan aluminium bersaiz 19 inci berwarna hitam matte, hasil kerjasama dengan BBS Japan, sama seperti siri Mode Black sebelum ini.


Kabin Mewah Dengan Aura Eksklusif


lexus-is500-climax-edition-(5).jpglexus-is500-climax-edition-(3).jpglexus-is500-climax-edition-(2).jpg


Bahagian dalam kabin pula menampilkan upholsteri gabungan Ultrasuede dan kulit berpori pada stereng dan tombol gear. Tema warna dua tona hitam dan merah menyala (Black and Flare Red) menyerlahkan lagi suasana sporty dan mewah. Motif warna ini turut diaplikasikan pada muka jam analog di papan pemuka. Lexus juga menambah grafik khas untuk model Climax Edition pada panel instrumen LCD 8 inci untuk pengalaman pemanduan yang lebih eksklusif. 


Prestasi V8 Kekal Mengancam


lexus-is500-climax-edition-(10).jpglexus-is500-climax-edition-(9).jpg


Untuk edisi terakhir ini terdapat beberapa grafik khas pada panel instrumen digital serta plak model istimewa.


Dari segi mekanikal, tiada perubahan diberikan. Model ini kekal ‘bernafas’ melalui jantung V8 5.0 liter yang menghasilkan kuasa 472 hp dan tork 535 Nm. Sistem pacuan roda belakang (RWD) digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, membolehkan sedan ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.6 saat.


Keluaran Terhad 


lexus-is500-climax-edition.jpg


Hanya 500 unit Lexus IS 500 Climax Edition akan dihasilkan dan eksklusif untuk pembeli di Jepun sahaja. Harga permulaan ditetapkan pada ¥9,500,000 (~RM276,532), iaitu kira-kira ¥1,000,000 (~RM29,109) lebih mahal berbanding model standard.


Memandangkan Lexus tidak merancang untuk memperkenalkan pengganti bagi model IS, edisi khas Climax ini dijangka akan menjadi rebutan dan habis terjual dalam masa singkat.

Lexus-IS-500-Climax-Edition-Japan-4-1536x864.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.